Yusoff Rawther kemuka representasi gugur tuduhan edar dadah

0

Muhammed Yusoff Rawther dituduh mengedar dadah jenis kanabis seberat 305g dan memiliki dua pucuk pistol tiruan pada 6 Sept tahun lalu. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Bekas pembantu penyelidik seorang ahli politik Muhammed Yusoff Rawther mengemukakan representasi kepada Peguam Negara (AG) bagi menggugurkan pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis yang dihadapinya.

Timbalan Pendakwa Raya Noor Dayana Mohamad memaklumkan kepada Hakim Mahkamah Tinggi Muhammad Jamil Hussin bahawa representasi bertarikh 2 Jan lepas diterima oleh pihak pendakwaan.

“Hari ini ditetapkan untuk sebutan kes dan pihak kami baru menerima representasi tersebut daripada peguam. Oleh itu, kami mohon satu tarikh bagi mendapatkan keputusan representasi berkenaan,” katanya.

Peguam Muhammad Rafique Rashid Ali yang mewakili Yusoff, 32, mengesahkan perkara itu dan memohon mahkamah menetapkan tarikh perbicaraan.

Jamil kemudian menetapkan lima hari untuk perbicaraan kes bermula 7 hingga 11 April ini.

Yusoff didakwa atas pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis seberat 305g, dalam kenderaan dinaikinya di hadapan surau IPK Kuala Lumpur pada 10.15 pagi, 6 Sept 2024.

Pertuduhan mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama yang membawa hukuman penjara seumur hidup dan disebat tidak kurang 12 sebatan.

Yusoff juga mengaku tidak bersalah atas pertuduhan pertuduhan memiliki dua pucuk pistol tiruan di tepi jalan berhampiran sebuah kondominium di Jalan Bukit Kiara di sini, pada 9.25 pagi, 6 Sept 2024.

Dia didakwa mengikut Seksyen 36(1) Akta Senjata 1960 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum satu tahun atau denda tidak melebihi RM5,000 atau kedua-dua sekali, jika sabit kesalahan.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM410,803.83
Ethereum (ETH) RM7,743.03
Tether (USDT) RM4.39
BNB (BNB) RM2,635.47
USDC (USDC) RM4.39
XRP (XRP) RM9.70
BUSD (BUSD) RM4.34
Cardano (ADA) RM3.16
Solana (SOL) RM664.80
Dogecoin (DOGE) RM0.794915
Polkadot (DOT) RM18.71
Polygon (MATIC) RM1.11
Lido Staked Ether (STETH) RM7,733.46
Shiba Inu (SHIB) RM0.00006
Dai (DAI) RM4.39
TRON (TRX) RM1.08
Avalanche (AVAX) RM97.83