Teroka industri nadir bumi, Perak sudah raih royalti RM30 juta, kata Saarani

0

Menteri Besar Saarani Mohamad, berkata kepakaran tempatan berjaya memisahkan empat kumpulan nadir bumi yang menjadi komponen penting dalam rantaian industri.

KUALA KANGSAR: Kerajaan Perak akan terus meneroka setiap potensi untuk memastikan negeri itu menjadi hab industri mineral negara, dengan setakat ini industri nadir bumi menyumbang pulangan hasil royalti mencecah RM30.88 juta kepadanya.

Menteri Besar Saarani Mohamad, berkata kerajaan negeri melalui Perbadanan Menteri Besar (MB Inc) mendirikan Terra Mineral Lab, sebuah makmal analisis mineral nadir bumi komersial pertama dalam negara, sebagai pusat rujukan industri mineral yang membariskan pakar dan tenaga profesional tempatan.

Kerajaan negeri sepakat untuk bekerjasama dengan sebuah syarikat tempatan bagi melaksanakan projek percubaan memproses hasil nadir bumi di Simpang Pulai.

“Syarikat itu berjaya memisahkan empat kumpulan unsur nadir bumi, yang menjadi komponen penting dalam rantaian industri berkenaan, seterusnya menonjolkan potensi Perak dalam penghasilan produk mineral yang bernilai tinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mempersembahkan ucapan tahniah dan taat setia mewakili kerajaan dan rakyat pada istiadat sempena ulang tahun hari keputeraan ke-68 Sultan Perak di Istana Iskandariah.

Saarani berkata empat kumpulan unsur nadir bumi itu adalah lanthanum cerium (LaCe), praseodymium neodymium (PrNd), samarium europium gadolinium (SEG), dan heavy rare earth element (HREE). Semuanya dipisahkan menggunakan kepakaran tempatan sepenuhnya.

“Kejayaan bersejarah ini menjadi suatu titik penting bagi Perak kerana berjaya menembusi teknologi memproses nadir bumi yang sejak sekian lama didominasi oleh negara China dan Australia, sekali gus melorong reputasi Perak untuk bersaing di peringkat global,” katanya.

Sementara itu, Saarani berkata kedudukan kewangan negeri juga semakin mengukuh apabila menghampiri keluk terakhir tahun ini, kutipan hasil negeri setakat 1 Nov lepas sudah mencecah RM1.09 bilion, meningkat RM130 juta berbanding tempoh yang sama tahun lepas.

Beliau berkata susulan prestasi memberangsangkan itu, kerajaan negeri dijangka dapat memadam unjuran defisit sebanyak RM67.5 juta dalam Belanjawan 2024, sekali gus akan sekali lagi merekodkan lebihan untuk tiga tahun berturut-turut.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM411,878.88
Ethereum (ETH) RM7,752.90
Tether (USDT) RM4.38
BNB (BNB) RM2,636.57
USDC (USDC) RM4.38
XRP (XRP) RM9.98
BUSD (BUSD) RM4.37
Cardano (ADA) RM3.06
Solana (SOL) RM642.84
Dogecoin (DOGE) RM0.771
Polkadot (DOT) RM18.39
Polygon (MATIC) RM1.05
Lido Staked Ether (STETH) RM7,749.57
Shiba Inu (SHIB) RM0.000059
Dai (DAI) RM4.38
TRON (TRX) RM1.08
Avalanche (AVAX) RM95.34