‘Setiap hari bagaikan Hari Raya’, ketupat jadi tumpuan di warung Kak Yan

0

Azian Mahmud atau lebih mesra disapa Kak Yan membuat ketupat sejak berdekad-dekad lalu. (Muhaimin Marwan @ FMT Lifestyle)
KUALA LUMPUR: Sebut saja “ketupat”, tak mungkin tidak kecur pada yang membayangkan bungkusan nasi kenyal dimasak dalam bakul daun kelapa. Ketupat memang lazat dijamah dengan pelbagai hidangan, misalnya rendang dan kuah lodeh.
Walaupun boleh didapati bila-bila saja sepanjang tahun, ketupat sudah menjadi makanan wajib ketika Hari Raya. Sejak hampir 20 tahun lalu, Warung Ketupat Yan di Kuala Selangor menjual pelbagai jenis makanan tradisi kegemaran ramai ini.
Gerai sederhana namun cukup meriah ini milik Azian Mahmud, atau lebih mesra disapa Kak Yan.
“Pada mulanya saya tidak membuat begitu banyak ketupat. Tetapi pelanggan mula menempah dan nampaknya mereka menyukainya. Mereka teringat-ingat ketupat saya dan sering kembali membelinya,” kata peniaga berusia 65 tahun itu.

Kak Yan mahir membuat ketupat kerana mempelajarinya daripada ibunya sejak kecil. Jari-jemarinya begitu pantas menganyam sehingga mampu menyiapkan sebungkus ketupat dalam tempoh kira-kira seminit, mengikut jam randik FMT Lifestyle.
Di Warung Ketupat Yan, aneka ketupat menanti anda antaranya ketupat ketam, ketupat kerbau, ketupat telur, dan ketupat sate. Namun pilihan paling laris selalunya ketupat pasar yang dijual pada harga RM1 sebiji.
Azian menyediakan hampir 1,000 biji ketupat untuk dijual di gerainya setiap hujung minggu. (Muhaimin Marwan @ FMT Lifestyle)
Azian menyediakan hampir 1,000 biji ketupat untuk dijual di gerainya setiap hujung minggu. (Muhaimin Marwan @ FMT Lifestyle)
Setiap hari seawal 4 pagi, Kak Yan menyiapkan hidangan jualannya. Dari Isnin hingga Khamis, beliau menyediakan sekitar 400 biji ketupat, manakala pada Jumaat dan hujung minggu jumlah itu berganda sehingga hampir 1,000 biji.
Perniagaannya dijalankan dengan pertolongan beberapa pembantu termasuk seorang saudara yang membuat roti canai. Warung Ketupat Yan turut menawarkan pelbagai hidangan kegemaran masyarakat Melayu termasuk kari dan kuih-muih.
Warungnya dibuka sebelum 7 pagi dan ditutup sekitar 10 malam. Jualan ketupat lazimnya laris dari pagi hingga menjelang tengah hari, manakala pada malamnya pula sate lebih popular dalam kalangan pengunjung.
Berkongsikan pengalamannya, Kak Yan berkata ketika mula-mula mencuba berniaga, beliau hanya beroperasi dari gerai kecil seperti peniaga burger. Namun perniagaannya berkembang dan kini meliputi pekarangan selesa yang mampu memuatkan kira-kira 100 pengunjung.
“Pelanggan kami ada yang datang dari Kuala Lumpur atau Klang, malah pernah juga yang datang dari London apabila menyinggah ketika menziarahi saudara-mara,” katanya.
Kunjungan pada lewat pagi pasti disambut dengan kemeriahan pelanggan tetap yang menikmati sarapan, manakala di satu sudut kelihatan ahli keluarga Kak Yan berborak sambil menganyam ketupat bersama-sama.
Bermula dari gerai kecil, Warung Ketupat Yan kini meliputi kawasan pekarangan lebih besar yang mampu memuatkan 100 orang. (Muhaimin Marwan @ FMT Lifestyle)
Kak Yan percaya ketupat memiliki keistimewaan tersendiri dan amat dekat dengan hati pelanggan.
“Pernah saya mencuba sesuatu yang berbeza apabila menjual nasi impit dalam bungkusan plastik. Namun pelanggan tidak menyukainya; mereka tetap mahukan ketupat tradisional yang dibungkus menggunakan daun pisang dengan aroma uniknya.”
Katanya, ketupat yang dinikmati setiap musim perayaan ini membawa rasa nostalgia serta kenangan bersama insan tersayang.
Satu-satunya masa Kak Yan tidak berniaga ketupat adalah ketika Ramadan dan Raya, kerana waktu itu digunakan untuk berehat secukupnya.
Namun ini tidak bererti beliau sekadar duduk goyang kaki sebaliknya tetap menerima tempahan yang adakalanya mencecah ratusan ribu biji ketupat!
Rakan dan ahli keluarga Azian sering berkumpul di warungnya untuk menganyam ketupat sambil berbual. (Muhaimin Marwan @ FMT Lifestyle)
Mengenai masa depannya, Kak Yan berharap perniagaannya terus laris. Beliau mengakui persekitaran kini lebih mencabar namun sudah cukup memuaskan hati apabila mengetahui ramai yang menggemari ketupatnya.
“Kita orang Melayu memang sejak dulu lagi begitu ‘sayangkan’ ketupat kita ini. Di sini kami menjualnya setiap hari. Boleh dikatakan di sini umpama setiap hari adalah Hari Raya untuk saya,” katanya sambil ketawa.
Warung Ketupat Yan2E-483, Kampung Permatang,45000 Kuala Selangor,Selangor
Waktu operasi: 7am-10pm setiap hari (selepas Ramadan dan Hari Raya)Stay current – Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM415,831.04
Ethereum (ETH) RM7,867.34
Tether (USDT) RM4.38
BNB (BNB) RM2,643.86
USDC (USDC) RM4.37
XRP (XRP) RM9.62
BUSD (BUSD) RM4.36
Cardano (ADA) RM3.13
Solana (SOL) RM665.31
Dogecoin (DOGE) RM0.796363
Polkadot (DOT) RM18.76
Polygon (MATIC) RM1.07
Lido Staked Ether (STETH) RM7,858.11
Shiba Inu (SHIB) RM0.000061
Dai (DAI) RM4.37
TRON (TRX) RM1.07
Avalanche (AVAX) RM98.48