Polis lengkapkan siasatan kes serangan babit kerabat diraja Pahang

0

Ketua Polis Pahang Yahaya Othman berkata sebelum ini beberapa individu sudah ditahan dan dibebaskan selain beberapa saksi lain dipanggil untuk memberi keterangan. (Gambar Bernama)

RAUB: Polis sedang melengkapkan kertas siasatan sebelum diserahkan semula kepada timbalan pendakwa raya, berhubung dakwaan kerabat diraja Pahang bersama sekumpulan individu menyerang seorang lelaki di sebuah kandang Kuda di Kuantan, dalam kejadian Jun lalu.

Ketua Polis Pahang, Yahaya Othman, berkata sebelum ini, beberapa individu sudah ditahan berhubung kes terbabit dan dibebaskan dengan jaminan selain beberapa saksi lain dipanggil untuk memberi keterangan, bagi membantu siasatan.

“Kita telah menghantar kertas siasatan sebelum ini namun dikembalikan, kini kami dalam proses melengkapkan siasatan untuk penambahan beberapa perkara sebelum diserahkan semula kepada timbalan pendakwa raya, untuk tindakan selanjutnya,” katanya ketika ditemui.

Yahaya berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 324 dan Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan menggunakan senjata dan kerana merusuh.

Media hari ini melaporkan seorang pekerja pembinaan dan penyelenggaraan jalan, mendakwa cedera selepas diserang seorang kerabat diraja dan beberapa individu menggunakan senjata.

Akibat serangan itu, lelaki terbabit dilaporkan cedera di paha dan menerima beberapa jahitan serta luka di bahagian kaki.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM413,272.33
Ethereum (ETH) RM7,900.48
Tether (USDT) RM4.37
BNB (BNB) RM2,650.93
USDC (USDC) RM4.37
XRP (XRP) RM9.93
BUSD (BUSD) RM4.36
Cardano (ADA) RM3.13
Solana (SOL) RM654.09
Dogecoin (DOGE) RM0.795498
Polkadot (DOT) RM18.11
Polygon (MATIC) RM1.06
Lido Staked Ether (STETH) RM7,890.72
Shiba Inu (SHIB) RM0.00006
Dai (DAI) RM4.37
TRON (TRX) RM1.08
Avalanche (AVAX) RM96.71