Operasi cari Sabari di Sungai Padang Terap ditamat

0

Operasi tiga hari yang bermula Isnin lalu meliputi radius 13km Sungai Padang Terap, tidak menemukan petunjuk. (Gambar Bernama)
JITRA: Operasi pencarian pesara pegawai kewangan Felcra, Sabari Baharom, 62, yang dicampak dalam Sungai Padang Terap dekat sini telah ditamatkan.
Isteri mangsa, Subhiah Ruslina Shahibi, 57, memaklumkan bahawa beliau menerima maklumat mengenai perkara tersebut malam tadi.
Menurutnya, beliau dan ahli keluarga akan melawat lokasi kejadian, iaitu di Jambatan Kampung Empa, Derang, dekat sini, hari ini.
Difahamkan, operasi selama tiga hari yang bermula Isnin lepas, meliputi radius 13km Sungai Padang Terap, tidak menemukan sebarang petunjuk sehingga pencarian dihentikan pada petang semalam.
Operasi pencarian Sabari digerakkan selepas polis menahan dua suspek lelaki berumur 26 dan 38 tahun, Jumaat lalu, bagi membantu siasatan kes kehilangan warga emas itu.
Pada Isnin, polis mengesahkan Sabari dicampak ke dalam Sungai Padang Terap dalam keadaan tangan diikat dan mulut ditutup dengan pita pelekat.
Sebelum ini, media melaporkan bahawa Sabari hilang sejak 4 Sept, dan kereta Proton Waja yang dinaikinya ditemukan hangus di Belantik, Sik.
Operasi pencarian Sabari melibatkan pegawai dan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Pasukan Polis Marin, polis, dan bomba.
Sementara itu, usaha mendapatkan maklumat lanjut daripada Ketua Polis Kedah Fisol Salleh masih belum berhasil.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM411,929.50
Ethereum (ETH) RM7,889.54
Tether (USDT) RM4.37
BNB (BNB) RM2,657.36
USDC (USDC) RM4.37
XRP (XRP) RM9.62
BUSD (BUSD) RM4.38
Cardano (ADA) RM3.09
Solana (SOL) RM650.03
Dogecoin (DOGE) RM0.790975
Polkadot (DOT) RM18.68
Polygon (MATIC) RM1.08
Lido Staked Ether (STETH) RM7,885.04
Shiba Inu (SHIB) RM0.000062
Dai (DAI) RM4.37
TRON (TRX) RM1.10
Avalanche (AVAX) RM96.32