MAIWP nafi enggan bayar hutang kontraktor

0

Syed Kamarulzaman Syed Kabeer berkata MAIWP selaku organisasi agama sedar hutang wajib dibayar dan tanggungjawab perlu dilunaskan. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA: Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) nafi badan itu enggan membayar hutang seorang kontraktor yang diberi tugas membina sebuah masjid di Kuala Lumpur.
Syed Kamarulzaman Syed Kabeer berkata tunggakan tersebut berpunca daripada “masalah teknikal” kerana MAIWP lewat menerima surat tuntutan yang dihantar kontraktor berkenaan.
Pada Selasa, FMT melaporkan pembekal bahan pembinaan, Latitude Resources Sdn Bhd, mengancam mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap Syed Kamarulzaman jika MAIWP enggan membayar RM222,093.72 dan kos guaman RM8,000.
“Punca sebenar kepada masalah ini bukan kami tidak mahu bayar tapi disebabkan masalah teknikal,” kata Syed Kamarulzaman kepada Sinar Harian.
“Malah, MAIWP juga bersedia untuk membuat pembayaran segera tetapi kami dimaklumkan peguamnya, mereka belum mendaftar dengan eVendor iaitu satu sistem di bawah Jabatan Akauntan Negara.
“Pembayaran dijangka akan dibuat menjelang 28 Mac ini jika sekiranya segala proses pendaftaran dengan sistem tersebut selesai sepenuhnya.”
Syed Kamarulzaman berkata beliau perlu menjelaskan perkara ini untuk memulihkan reputasi MAIWP yang “sedikit tercalar” dengan “laporan yang tidak tepat”.
Tambahnya, MAIWP tidak mahu memanjangkan isu ini kerana selaku organisasi agama ia sedar hutang wajib dibayar dan tanggungjawab perlu dilunaskan dengan sebaiknya.
Dalam laporan FMT, peguam Latitude Resources Sdn Bhd, Omar Kutty Abdul Aziz, berkata suatu surat tuntutan diserahkan kepada Syed Kamarulzaman pada 13 Mac tamat tempoh pada 20 Mac.
Pihaknya memberi MAIWP tempoh masa hingga 20 Mac untuk membayar mengikut perintah yang digarnis atau pihaknya akan meneruskan tindakan undang-undang.
Prosiding garnis itu difailkan terhadap MAIWP pada November 2021, selepas Prasarana Selatan Sdn Bhd, yang dilantik membina masjid di Sungai Besi dengan kos RM8.8 juta, enggan membayar atas penghakiman yang diperoleh pembekal tersebut tiga tahun sebelumnya.
Jumlah yang digarnis dituntut terhadap bon prestasi projek bernilai RM440,000 yang dipegang oleh MAIWP menunggu projek tersebut siap.Stay current – Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram
erintah itu dikeluarkan Mahkamah Tinggi Johor Bahru selepas rayuan, apabila Mahkamah Sesyen menolak permohonan asal pada Jun 2022.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM414,050.91
Ethereum (ETH) RM7,972.39
Tether (USDT) RM4.37
BNB (BNB) RM2,661.69
USDC (USDC) RM4.37
XRP (XRP) RM9.62
BUSD (BUSD) RM4.39
Cardano (ADA) RM3.11
Solana (SOL) RM653.66
Dogecoin (DOGE) RM0.79541
Polkadot (DOT) RM18.76
Polygon (MATIC) RM1.07
Lido Staked Ether (STETH) RM7,965.30
Shiba Inu (SHIB) RM0.000062
Dai (DAI) RM4.37
TRON (TRX) RM1.10
Avalanche (AVAX) RM97.58