Mahkamah tetap 11 hari perbicaraan Muhyiddin berkait kes Jana Wibawa

0

Muhyiddin Yassin didakwa salah guna kuasa sebagai perdana menteri antara 8 Feb hingga 20 Ogos 2021 berkait program Jana Wibawa untuk mendapatkan RM232.5 juta untuk Bersatu.

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen menetapkan 11 hari, bermula 17 Sept ini, bagi mendengar perbicaraan bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin berkait kes Jana Wibawa.

Hakim Azura Alwi menetapkan tarikh perbicaraan pada 17 hingga 19 Sept, 26 hingga 27 Nov dan 13 hingga 15 Jan 2026.

Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin berkata pihak pendakwaan merancang untuk memanggil seramai 30 saksi sepanjang perbicaraan.

Peguam Muhyiddin, Chetan Jethwani pula memohon kenyataan saksi untuk saksi penting diserahkan kepada pihak pembelaan selewat-lewatnya empat minggu sebelum perbicaraan bermula.

“Tidak adil kami menerima kenyataan saksi pada saat-saat akhir,” katanya.

Pihak pendakwaan kemudian bersetuju untuk menyerahkan penyataan saksi bagi saksi formal dua minggu sebelum perbicaraan, manakala saksi penting tiga minggu lebih awal.

Dalam prosiding berasingan, Hakim Azura turut membenarkan permohonan pelepasan sementara pasport Muhyiddin dari hari ini hingga 3 Mac bagi membolehkan beliau menghadiri satu persidangan di Belgium.

Mahkamah turut menetapkan 14 Mei sebagai tarikh pengurusan kes seterusnya.

BERITA LANJUT MENYUSUL

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM399,187.28
Ethereum (ETH) RM7,268.45
Tether (USDT) RM4.41
BNB (BNB) RM2,687.56
USDC (USDC) RM4.41
XRP (XRP) RM9.39
BUSD (BUSD) RM4.41
Cardano (ADA) RM2.88
Solana (SOL) RM635.03
Dogecoin (DOGE) RM0.749178
Polkadot (DOT) RM16.92
Polygon (MATIC) RM0.949843
Lido Staked Ether (STETH) RM7,257.17
Shiba Inu (SHIB) RM0.000057
Dai (DAI) RM4.41
TRON (TRX) RM1.08
Avalanche (AVAX) RM91.46