Ahli politik dijangka kembali ketuai GLC, kata penganalisis

0

Penganalisis berkata, berbeza dengan Pakatan Harapan, PN tidak berjanji bahawa ia tidak akan melantik ahli politik untuk mengetuai GLC.

PUTRAJAYA: Seorang penganalisis politik berkata, ahli politik, terutama ahli Parlimen mungkin dilantik semula untuk mengetuai agensi kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) sewaktu gabungan Perikatan Nasional (PN) berusaha memperkukuh sokongannya.

Bercakap kepada FMT, Kamarul Zaman Yusoff dari Universiti Utara Malaysia berkata, PN mendapat sokongan majoriti yang kecil daripada 222 ahli Parlimen.

“Perubahan sokongan mana-mana ahli Parlimen boleh menggugat kerajaan baru itu. Pada masa ini, hanya kira-kira 70 orang diberikan jawatan menteri atau timbalan menteri, sementara 40 yang lain tidak memegang apa-apa jawatan.

“Jadi logiklah jika kerajaan baru ini mengisi jawatan lain yang ada, terutama di GLC, dengan ahli Parlimen bagi memastikan mereka tidak mengubah sokongan.”

Beliau memberi komen terhadap laporan berhubung desas-desus pertukaran kepimpinan yang mungkin berlaku di beberapa agensi utama kerajaan.

Sumber yang maklum tentang perkembangan itu memberitahu FMT bahawa pengerusi Felcra, Nageeb Wahab; pengerusi Felda Bakke salleh dan pengerusi Socso Zakri Khir, yang dilantik oleh kerajaan sebelum ini mungkin akan diganti.

Ketiga-tida individu terbabit berpengalaman luas dalam bidang masing-masing, sementara pembangkang pula mengkritik kerajaan atas pemecatan membabitkan GLC yang dibuat dalam suasana krisis Covid-19.

Bagaimanapun kata Kamarul, berbeza dengan Pakatan Harapan, PN tidak berjanji bahawa ia tidak akan melantik ahli politik untuk mengetuai GLC.

“Jadi akhirnya, tuntutan pengukuhan kuasa mengatasi pertimbangan profesionalisme dan governans baik.”

Tetapi beliau berkata, dengan adanya pembangkang yang kuat, ahli politik “tidak akan berani melakukan perkara pelik melibatkan GLC yang mereka ketuai”.

Penganalisis dari Universiti Teknologi Malaysia Azmi Hassan berkata, walaupun masa pemecatan itu dibuat mungkin dilihat tidak sesuai oleh sesetengah pihak, namun kerajaan perlu mengisis agensi dan GLC dengan individu yang dilihat mampu bekerja sesuai dengan dasarnya.

“Dari sudut itu, tiada masalah bagi kerajaan menukar ketua (agensi, GLC), tetapi jika lantikan dibuat sebagai ganjaran kepada penyokong kerajaan, maka itu tidak betul.

“Jika ketua baru lebih baik dari segi pengalaman daripada ketua sebelum itu, maka ia sepatutnya boleh diterima semua.”

Dalam pada itu, pengurus penyelidikan Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi Aira Azhari berkata, pelantikan ketua agensi kerajaan dan GLC mesti didasarkan kepada merit, pengalaman dan kepakaran.

“Perkaitan dengan parti politik yang dipunyai oleh mana-mana individu hendaklah dimaklumkan lebih awal dan beliau harus meletakkan jawatan terlebih dahulu.

“Selain itu, perlu wujud kerangka institusi yang menetapkan langkah wajar bagi menghalang politik naungan, rasuah dan konflik kepentingan yang mungkin berlaku berikutan perkaitan parti atau keluarga individu terbabit.

Beliau berkata, pelantikan ke agensi dan GLC tidak harus dijadikan ganjaran politik dan bagi menjamin kredibiliti, proses lantikan itu harus telus.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM416,098.45
Ethereum (ETH) RM7,969.61
Tether (USDT) RM4.36
BNB (BNB) RM2,632.76
USDC (USDC) RM4.36
XRP (XRP) RM10.03
BUSD (BUSD) RM4.31
Cardano (ADA) RM3.11
Solana (SOL) RM649.82
Dogecoin (DOGE) RM0.780661
Polkadot (DOT) RM18.54
Polygon (MATIC) RM1.04
Lido Staked Ether (STETH) RM7,961.37
Shiba Inu (SHIB) RM0.00006
Dai (DAI) RM4.36
TRON (TRX) RM1.07
Avalanche (AVAX) RM96.60