2 lelaki Indonesia dipenjara 5 tahun rompak warga emas

0

Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur turut menjatuhkan hukuman satu sebatan terhadap Ari Ablia Lubis, 26, dan Umar Ardiansyah, 32.

KUALA LUMPUR: Dua warga Indonesia dijatuhkan hukuman penjara lima tahun dan satu sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas mengaku bersalah merompak dompet seorang wanita warga emas, dua minggu lepas.

Hakim Izralizam Sanusi menjatuhkan hukuman itu terhadap Ari Ablia Lubis, 26, dan Umar Ardiansyah, 32, serta memerintahkan kedua-duanya dipenjara bermula tarikh tangkapan 6 Jan lepas.

Dua lelaki itu didakwa bersama merompak dompet Yee Chooi Lan, 64, yang mengandungi wang tunai RM100 di Lorong Haji Taib, Dang Wangi, di sini pada 12.55 tengah hari 5 Jan lalu.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh disebat.

Mengikut fakta kes, kedua-duanya ditahan pada 6 Jan dan polis menjumpai barang milik mangsa antaranya dompet dan kad pengenalan.

Timbalan Pendakwa Raya, Siti Aisyah Mohamed Zanyuin memohon hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada tertuduh dan masyarakat agar tidak mengulangi kesalahan sama, selain mangsa merupakan warga emas.

Kedua-dua tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon hukuman ringan atas alasan mereka mempunyai tanggungan keluarga.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM411,878.88
Ethereum (ETH) RM7,752.90
Tether (USDT) RM4.38
BNB (BNB) RM2,636.57
USDC (USDC) RM4.38
XRP (XRP) RM9.98
BUSD (BUSD) RM4.37
Cardano (ADA) RM3.06
Solana (SOL) RM642.84
Dogecoin (DOGE) RM0.771
Polkadot (DOT) RM18.39
Polygon (MATIC) RM1.05
Lido Staked Ether (STETH) RM7,749.57
Shiba Inu (SHIB) RM0.000059
Dai (DAI) RM4.38
TRON (TRX) RM1.08
Avalanche (AVAX) RM95.34