Western Digital tambah pelaburan RM2.3 bilion [METROTV]

0

MALAYSIA terus menjadi destinasi pilihan pelabur luar, apabila Western Digital Sdn Bhd, syarikat pengeluar peralatan storan digital terkemuka menambah pelaburan bernilai RM2.3 bilion bagi meningkatkan kemudahan dan kapasiti pengeluaran syarikat itu di negara ini.

Ini menjadikan nilai keseluruhan pelaburan Western Digital di Malaysia berjumlah hampir RM18 bilion.

Pelaburan tambahan ini akan memberi manfaat ekonomi kepada negara selain membuka peluang pekerjaan kepada lebih 2,000 penduduk tempatan.

Perkara itu dipersetujui dalam pertemuan antara Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan Pengerusi Kumpulan Operasi Western Digital Malaysia, Datuk Dr Syed Hussian Aljunid, hari ini.

Muhyiddin berkata, beliau amat berbesar hati dengan pelaburan tambahan oleh Western Digital dan membuktikan keupayaan kerajaan dalam mengurus ekonomi dan keyakinan pelabur terhadap pentadbiran dan kestabilan negara ketika dunia masih berdepan pandemik Covid-19.

Beliau juga mengalukan mana-mana syarikat untuk melabur di dalam industri berimpak tinggi dan berteraskan teknologi di negara ini.

“Kerajaan melalui Kementarian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan agensi berkaitan yang lain sentiasa komited dalam menarik pelaburan dan meyakinkan pelabur untuk melabur atau membuat pelaburan tambahan di Malaysia.

“Komitmen Kumpulan Western Digital ini mencerminkan keyakinan tinggi pelabur dari luar negara kepada Kerajaan untuk terus mengembangkan pelaburan dan operasi mereka di Malaysia,” katanya menerusi kenyataan dikeluarkan Jabatan Perdana Menteri, hari ini.

Sementara itu, Syed Hussian berkata, pelaburan RM2.3 bilion itu akan diperuntukkan untuk memperluas fasiliti dan kapasiti kilang di Western Digital Media Pulau Pinang dan Western Digital Sarawak.

Katanya, nilai eksport syarikat itu dari Malaysia adalah berjumlah RM18 bilion pada 2019.

“Pelaburan ini bertujuan mengembangkan kemudahan kilang sedia ada kami di Pulau Pinang dan Kuching, Sarawak dengan masing-masing membabitkan pelaburan RM1.3 bilion dan RM1 bilion.

“Pelaburan ini akan menawarkan 2,000 peluang pekerjaan baharu kepada rakyat tempatan sebaik pelan pengembangan di kedua-dua kilang ini siap dibangunkan dua tahun lagi.

“Kos penggajian Western Digital di Malaysia juga dijangka meningkat kira-kira RM80 juta setahun dengan pertambahan pekerjaan ini,” katanya pada sidang media di Kuala Lumpur, hari ini.

Beliau berkata, kilang di Pulau Pinang dan Kuching terbabit sudah mencapai kapasiti penuh dan pembinaan kilang baharu itu nanti dijangka bermula tahun depan serta mampu meningkatkan sebanyak 30 peratus tambahan kapasiti sedia ada.

Tan Sri Muhyiddin Yassin (dua dari kanan) bersama wakil Western Digital.
Tan Sri Muhyiddin Yassin (dua dari kanan) bersama wakil Western Digital.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM413,937.18
Ethereum (ETH) RM7,897.98
Tether (USDT) RM4.37
BNB (BNB) RM2,649.53
USDC (USDC) RM4.37
XRP (XRP) RM10.10
BUSD (BUSD) RM4.37
Cardano (ADA) RM3.15
Solana (SOL) RM661.44
Dogecoin (DOGE) RM0.791041
Polkadot (DOT) RM18.37
Polygon (MATIC) RM1.06
Lido Staked Ether (STETH) RM7,890.72
Shiba Inu (SHIB) RM0.000061
Dai (DAI) RM4.37
TRON (TRX) RM1.08
Avalanche (AVAX) RM97.45