Warga emas rugi lebih RM485,000 terpedaya ‘job scam’

0

Mangsa, seorang perunding kecantikan berusia 63 tahun, memindahkan wang berjumlah RM485,100 dalam 64 transaksi sejak Julai lepas.

PETALING JAYA: Seorang perunding kecantikan mendakwa rugi RM485,100 selepas terperdaya dengan penipuan pekerjaan (job scam) dalam talian pada Julai lepas.

Ketua Polis Tangkak Roslan Mohd Talib berkata, mangsa, seorang wanita berusia 63 tahun, mula terjebak setelah menerima mesej supaya memuat naik video nyanyiannya ke aplikasi ‘We Sing’ bagi mendapat ganjaran.

Katanya, mangsa kemudian dihubungi seorang individu bernama ‘Jimmy’ yang mendakwa pemilik aplikasi itu ditangkap oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), dan mangsa juga boleh ditahan bila-bila masa.

“(Individu dikenali sebagai) Jimmy menakut-nakutkan mangsa mendakwa kononnya dia tidak membayar cukai pendapatan persendirian berjumlah hampir RM200,000 dan boleh ditahan oleh SPRM pada bila-bila masa,” katanya, lapor Bernama.

Roslan berkata, mangsa yang menjadi takut kemudian memindahkan wang menerusi 64 transaksi di mesin deposit tunai ke dalam 19 akaun.

“(Wang yang dipindahkan) berjumlah RM485,100, bermula 10 Julai hingga 30 Sept lepas,” katanya.

Bagaimanapun, mangsa menyedari ditipu selepas menceritakan perkara itu kepada anaknya sebelum membuat laporan polis Selasa lepas.

Kes disiasat bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM413,001.14
Ethereum (ETH) RM7,940.02
Tether (USDT) RM4.37
BNB (BNB) RM2,632.21
USDC (USDC) RM4.37
XRP (XRP) RM9.54
BUSD (BUSD) RM4.36
Cardano (ADA) RM3.07
Solana (SOL) RM644.16
Dogecoin (DOGE) RM0.785748
Polkadot (DOT) RM18.28
Polygon (MATIC) RM1.06
Lido Staked Ether (STETH) RM7,939.58
Shiba Inu (SHIB) RM0.000061
Dai (DAI) RM4.37
TRON (TRX) RM1.10
Avalanche (AVAX) RM97.06