Vietnama, China runding isu berkait laut

0

Vietnam dan Vhina terus maju dengan rundingan mengenai perbatasan kawasan laut di luar muara Teluk Tonkin dan kerjasama untuk pembangunan bersama di Laut Timur membabitkan kedua-dua negara itu. (Bernama pic)

HANOI: Vietnam dan China mengadakan rundingan kumpulan kerja mengenai kawasan laut di luar muara Teluk Tonkin kali ke-13 dan rundingan kumpulan kerja mengenai kerjasama untuk pembangunan bersama di laut ke-10 secara sidang video pada 9 September, lapor agensi berita Vietnam (VNA).

Perwakilan Vietnam diketuai Nguyen Dang Thang, pengarah jabatan di Suruhanjaya Persempadanan Nasional, Kementerian Luar.

Sementara itu, delegasi China dipimpin oleh Yang Renhuo, mewakili hal-hal persempadanan dan maritim di Jabatan Hal Ehwal Sempadan dan Lautan, Kementerian Luar.

Kedua-dua pihak saling bertukar pendapat mengenai aktiviti kedua-dua kumpulan kerja tersebut dalam suasana yang mesra.

Perkongsian pandangan berdasarkan rancangan yang disepakati, kedua-dua pihak akan terus maju dengan rundingan mengenai perbatasan kawasan laut di luar muara Teluk Tonkin dan kerjasama untuk pembangunan bersama di Laut Timur sesuai dengan undang-undang antarabangsa, terutamanya Konvensyen Bangsa-bangsa Bersatu 1982 tentang Undang-Undang Laut, yang melibatkan kedua-dua Vietnam dan China.

Kedua-dua pihak terlibat dalam perbincangan langsung mengenai keadaan di Laut Timur mutakhir ini, dan mencapai kesepakatan mengenai pematuhan serius pandangan umum yang dipersetujui oleh pemimpin kedua-dua negara.

Ini termasuk perjanjian Vietnam-China 2011 mengenai prinsip asas yang memandu penyelesaian mengenai isu dan arahan yang berkaitan dengan laut oleh ketua perwakilan perundingan peringkat kerajaan untuk urusan persempadanan dan wilayah.

Kedua-dua pihak juga sepakat tidak melakukan tindakan yang akan menyulitkan keadaan, selain menjaga keamanan dan kestabilan di rantau ini.

Mereka juga bersetuju untuk mengatur rundingan seterusnya pada waktu yang sesuai yang akan dibuat melalui saluran diplomatik.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM411,483.69
Ethereum (ETH) RM7,962.75
Tether (USDT) RM4.39
BNB (BNB) RM2,684.34
USDC (USDC) RM4.39
XRP (XRP) RM10.01
BUSD (BUSD) RM4.39
Cardano (ADA) RM3.11
Solana (SOL) RM668.18
Dogecoin (DOGE) RM0.808174
Polkadot (DOT) RM18.05
Polygon (MATIC) RM0.979159
Lido Staked Ether (STETH) RM7,952.34
Shiba Inu (SHIB) RM0.00006
Dai (DAI) RM4.39
TRON (TRX) RM1.08
Avalanche (AVAX) RM99.98