Usaha tarik keyakinan pasaran | Harian Metro

0

PELANTIKAN tokoh terkemuka sektor perbankan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz sebagai Menteri Kewangan dilihat sebagai usaha serius untuk menarik kembali keyakinan pasaran, kata Pakar Ekonomi OCBC Bank (Penyelidikan dan Strategi Perbendaharaan Global), Wellian Wiranto.

Wiranto dalam satu nota penyelidikan hari ini berkata, meskipun usaha kerajaan untuk mengurangkan pergantungan hasil kepada perolehan minyak dan gas, hakikatnya adalah, dengan ketiadaan hasil konkrit seperti cukai barang dan perkhidmatan (GST), ia menjadi satu tugas yang sukar.

“Tugas utama bagi kementerian kewangan di bawah pimpinan ketua baharu adalah untuk mengelakkan defisit daripada melonjak ke tahap yang lebih tinggi, manakala dalam waktu terdekat ini keutamaan beliau adalah untuk melaksanakan pakej rangsangan bernilai RM20 bilion yang diumumkan perdana menteri interim Tun Dr Mahathir Mohamad pada 28 Februari lalu,” katanya.

Wiranto berkata, Tengku Zafrul, memulakan kerjaya dalam sektor perbankan di cabang perbankan pelaburan Credit Agricole dan Maybank sebelum meningkat naik perlahan-lahan sehingga menjadi Ketua Pegawai Eksekutif CIMB, sebuah bank utama di Malaysia.

“Memandangkan kepakaran mendalam Tengku Zafrul dalam sektor perbankan dan hakikat bahawa beliau tidak disifatkan sebagai seorang lantikan politik, nampaknya Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memahami akan kepentingan menyediakan tokoh mesra pasaran bagi portfolio kritikal seumpama itu.

“Namun fasa bulan madu bagi Kementerian Kewangan nampaknya tidak lama, jika ada,” katanya.

Wiranto berkata, walaupun akan ada pengharapan kepada bantuan fiskal seterusnya, realitinya adalah defisit fiskal yang tinggi terus menjadi kebimbangan utama bagi pelabur dan ditambah lagi dengan penurunan harga minyak ketika ini.

“Paling tidaknya, defisit fiskal boleh dipertingkatkan kepada 3.6-3.8 peratus daripada keluaran dalam negara kasar bergantung kepada tahap situasi global,” katanya. – Bernama

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM413,840.00
Ethereum (ETH) RM7,824.74
Tether (USDT) RM4.38
BNB (BNB) RM2,642.70
USDC (USDC) RM4.38
XRP (XRP) RM10.02
BUSD (BUSD) RM4.35
Cardano (ADA) RM3.06
Solana (SOL) RM644.54
Dogecoin (DOGE) RM0.780062
Polkadot (DOT) RM18.56
Polygon (MATIC) RM1.05
Lido Staked Ether (STETH) RM7,818.21
Shiba Inu (SHIB) RM0.00006
Dai (DAI) RM4.38
TRON (TRX) RM1.09
Avalanche (AVAX) RM95.78