Pengerusi PN Muhyiddin Yassin pertahan ucapan ketika PRK Nenggiri. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA: Pengerusi Perikatan Nasional Muhyiddin Yassin menegaskan bahawa ucapan beliau ketika PRK Nenggiri berkaitan pelantikan perdana menteri adalah “kenyataan fakta”
“Saya ingin menegaskan bahawa ucapan saya di Nenggiri adalah suatu kenyataan fakta yang tidak bermaksud untuk menghina institusi raja atau menimbulkan kecenderungan menghasut,” katanya di Facebook.
“Saya percaya kenyataan saya itu tidak melanggar mana-mana undang-undang negara.”
Muhyiddin, yang juga presiden Bersatu, berkata beliau akan beri kerjasama kepada polis untuk menjelaskan fakta berkaitan kenyataannya.
BERITA LANJUT MENYUSUL
Source link