Tinggal anak di rumah 2 hari, tukang urut dijel sebulan

0

Hakim memerintahkan hukuman penjara wanita 41 tahun itu dijalankan dari tarikh tangkapan 9 Okt lalu. (Gambar Freepik)
PETALING JAYA: Mahkamah Sesyen Ampang menjatuhkan hukuman penjara sebulan kepada seorang tukang urut yang mengaku bersalah meninggalkan dua anak masih kecil di rumah selama dua hari.
Harian Metro melaporkan Hakim Norshila Kamaruddin memerintahkan hukuman penjara wanita 41 tahun itu dijalankan dari tarikh tangkapan 9 Okt lalu.
Tertuduh didakwa meninggalkan dua anak lelakinya yang berusia 13 bulan serta enam tahun lapan bulan di sebuah pangsapuri di Taman Kosas, Ampang pada 7.27 malam 7 Okt lalu.
Dia didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 yang memperuntukkan denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Mengikut fakta kes, anggota polis di pusat kawalan IPD Ampang Jaya menerima panggilan daripada seorang lelaki memaklumkan kanak-kanak lelaki berusia enam tahun bersama adiknya terkurung dalam rumah selepas ibu kandung mereka tidak pulang ke rumah selama dua hari.
Hasil siasatan mendapati tertuduh melakukan pengabaian dengan keluar bekerja di sekitar Pudu sebagai tukang urut dan meninggalkan dua anaknya, menyebabkan pasukan bomba terpaksa memecahkan pintu untuk menyelamatkan dua mangsa terbabit.
Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Hairuliqram Hairuddin memohon hukuman setimpal sebagai pengajaran supaya ibu bapa tidak mengabaikan kanak-kanak tanpa pengawasan, tetapi tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu hukuman diringankan.
Ketika ditanya hakim di mana dua anaknya berada sekarang, wanita itu berkata mereka kini dijaga Jabatan Kebajikan Masyarakat.
“Saya baru mula kerja, sebelum ini duduk di rumah, saya ibu tunggal,” kata tertuduh.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM410,923.47
Ethereum (ETH) RM7,809.19
Tether (USDT) RM4.37
BNB (BNB) RM2,642.14
USDC (USDC) RM4.37
XRP (XRP) RM9.89
BUSD (BUSD) RM4.38
Cardano (ADA) RM3.10
Solana (SOL) RM650.77
Dogecoin (DOGE) RM0.78441
Polkadot (DOT) RM18.02
Polygon (MATIC) RM1.04
Lido Staked Ether (STETH) RM7,807.09
Shiba Inu (SHIB) RM0.000059
Dai (DAI) RM4.37
TRON (TRX) RM1.07
Avalanche (AVAX) RM95.35