Tiada pihak cadang keluar KWSP pada sesi libat urus bajet, kata Ahmad Maslan

0


Timbalan Menteri Kewangan I Ahmad Maslan, berkata tiada cadangan diterima mengenai pengeluaran KWSP dalam sesi libat urus menunjukkan kefahaman dana itu dibenar keluar susulan pandemik Covid-19.

PETALING JAYA: Tiada cadangan pengeluaran sekali lagi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) diterima Kementerian Kewangan pada 12 Sesi Dialog Bajet 2023, kata Timbalan Menteri Kewangan I Ahmad Maslan.

Katanya, sejak sesi dialog bajet dilakukan bermula 26 Jan, lapan kumpulan fokus dan melibatkan empat negeri yang turut dihadiri kementerian, agensi, jabatan, orang perseorangan, NGO dan ahli akademik, mencadang dan memohon lebihan peruntukan.

Beliau berkata, ia menunjukkan mereka memahami bahawa pengeluaran KWSP hanya dilakukan ketika pandemik Covid-19.

“Setakat ini, kita menganalisis begitu banyak pandangan dan cadangan daripada orang perseorangan dan NGO. Dalam sesi yang saya hadiri itu, tidak ada satu cadangan pun yang minta KWSP, kecuali ada satu pertubuhan menyatakan hasrat pengeluaran KWSP dalam surat khabar.

“Sudah 12 siri kita jalankan, membabitkan lapan kementerian dan empat negeri, tiada satu pun permohonan pengeluaran KWSP,” katanya menurut Berita Harian.

Sambil menyifatkan perkembangan itu “menarik”, Ahmad berkata, mungkin mereka memahami keputusan kerajaan sebelum ini membenarkan pengeluaran KWSP ketika berdepan cabaran Covid-19.

“Ini yang menariknya. Mungkin mereka faham kerajaan membenarkan pengeluaran KWSP ketika Covid-19. Mereka tidak boleh berniaga dan bekerja dengan sempurna, ada masalah kewangan yang teruk, maka kerajaan ketika itu membuat keputusan membenarkan pengeluaran KWSP.

“Selepas Covid-19, sudah selesai pengeluaran KWSP, pengeluaran tiga ‘i’ iaitu i-citra, i-sinar dan i-lestari.

“Seperti yang disebut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kita tolong rakyat kali ini dengan kaedah lain,” katanya.

Mengulas lanjut, Ahmad berkata, kerajaan bukan sengaja tidak mahu membenarkan pengeluaran KWSP lagi, tetapi ia disebabkan caruman berbaki rakyat, terutama Bumiputera, untuk bekalan hari tua terlalu sedikit ketika ini.

Kelmarin, perdana menteri menegaskan, kerajaan tidak membenarkan pengeluaran simpanan KWSP menjelang pembentangan Bajet 2023, pada 24 Feb.

Anwar berkata, kerajaan sedang berusaha mencari mekanisme terbaik membantu rakyat menangani kos sara hidup tanpa perlu mengeluarkan simpanan KWSP.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM413,001.14
Ethereum (ETH) RM7,940.02
Tether (USDT) RM4.37
BNB (BNB) RM2,632.21
USDC (USDC) RM4.37
XRP (XRP) RM9.54
BUSD (BUSD) RM4.36
Cardano (ADA) RM3.07
Solana (SOL) RM644.16
Dogecoin (DOGE) RM0.785748
Polkadot (DOT) RM18.28
Polygon (MATIC) RM1.06
Lido Staked Ether (STETH) RM7,939.58
Shiba Inu (SHIB) RM0.000061
Dai (DAI) RM4.37
TRON (TRX) RM1.10
Avalanche (AVAX) RM97.06