Tentera nafi pakai helmet elak air kencing warga asing di Selangor Mansion

0

Anggota tentera memakai helmet di semua kawasan yang dikenakan PKPD.

KUALA LUMPUR: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menafikan dakwaan tersebar di media sosial yang anggotanya bertugas di bangunan Selangor Mansion, di sini memakai topi keledar untuk mengelakkan air kencing warga asing.

Panglima ATM, Jeneral Affendi Buang berkata pihaknya tidak pernah mengeluarkan arahan untuk anggotanya berbuat demikian.

“Tidak ada perkara sedemikian (anggota tentera memakai helmet elak air kencing warga asing ketika bertugas di bangunan Selangor Mansion).

“Pihak ATM hanya memakai helmet untuk tempat yang diisytiharkan sebagai kawasan perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD), manakala di tempat lain seperti biasa,” katanya kepada Bernama hari ini.

Terdahulu, tular di media sosial mendakwa anggota tentera yang berkawal di bangunan Selangor Mansion di bawah PKPD bertopi keledar untuk mengelak air kencing warga asing dari tingkat atas bangunan itu.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM415,669.80
Ethereum (ETH) RM8,024.52
Tether (USDT) RM4.38
BNB (BNB) RM2,655.70
USDC (USDC) RM4.38
XRP (XRP) RM10.07
BUSD (BUSD) RM4.37
Cardano (ADA) RM3.13
Solana (SOL) RM652.47
Dogecoin (DOGE) RM0.78524
Polkadot (DOT) RM18.78
Polygon (MATIC) RM1.05
Lido Staked Ether (STETH) RM8,017.65
Shiba Inu (SHIB) RM0.00006
Dai (DAI) RM4.38
TRON (TRX) RM1.08
Avalanche (AVAX) RM97.22