Teman wanita tarik laporan ditumbuk pelakon

0

Ketua Polis Petaling Jaya, Shahrulnizam Ja’afar berkata, kertas siasatan sudah diserahkan kepada timbalan pendakwa raya. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Polis mengesahkan seorang wanita menarik balik laporan mendakwa dipukul teman lelakinya yang juga pelakon.

Tetapi, Ketua Polis Petaling Jaya, Shahrulnizam Ja’afar berkata, kertas siasatan berdasarkan Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan secara sengaja sudah dirujuk kepada timbalan pendakwa raya.

“Sebarang tindakan selanjutnya bergantung kepada arahan timbalan pendakwa raya,” katanya kepada FMT.

Awal bulan ini, wanita 25 tahun itu mendakwa teman lelakinya berusia 37 tahun menumbuk mata kiri dan badannya.

Shahrulnizam berkata, siasatan mendapati mangsa keluar bersama kakaknya sebelum dihubungi dan dimarahi suspek.

Katanya, mangsa kemudian menemui teman lelakinya di Ara Damansara, di mana dia mendakwa diserang dalam kereta suspek.

Polis mengambil keterangan suspek dan kakak mangsa.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM411,932.32
Ethereum (ETH) RM7,781.06
Tether (USDT) RM4.39
BNB (BNB) RM2,647.55
USDC (USDC) RM4.39
XRP (XRP) RM9.66
BUSD (BUSD) RM4.39
Cardano (ADA) RM3.15
Solana (SOL) RM671.25
Dogecoin (DOGE) RM0.798836
Polkadot (DOT) RM19.14
Polygon (MATIC) RM1.07
Lido Staked Ether (STETH) RM7,774.04
Shiba Inu (SHIB) RM0.000061
Dai (DAI) RM4.39
TRON (TRX) RM1.07
Avalanche (AVAX) RM97.96