Tawar promosi hebat untuk pelancong domestik

Kuala Lumpur: Semua ahli Persatuan Kampungstay dan Homestay Malaysia (MKHA) bersedia menerima pelancong domestik seiring dengan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerajaan.

Presidennya, Zohaime Muhamad Sori berkata, sempena kebenaran rentas daerah dan negeri yang dibuka sejak Isnin lalu, pihaknya turut menawarkan promosi menarik termasuk diskaun sehingga 50 peratus bagi pakej ditawarkan ahli yang terbabit.

“Kami sudah bersiap sedia untuk menerima kehadiran pelancong dan merancakkan kembali industri pelancongan domestik selepas terkesan akibat pandemik Covid-19.

“MKHA mempunyai kira-kira 4,200 ahli di seluruh Malaysia yang berdaftar dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC). Memandangkan kita masih tidak boleh menerima pelancong luar, kami harap supaya pelancong tempatan mengambil peluang (promosi) yang ada” katanya kepada Harian Metro di sini, hari ini.

Menurutnya, 100 peratus ahli MKHA terjejas punca pendapatan disebabkan pandemik Covid-19 dan pihaknya akur hanya kampungstay dibenarkan untuk menerima tetamu.

Dalam perkembangan sama, Zohaime berkata, sehingga kini Majlis Keselamatan Negara (MKN) masih belum membuka SOP bagi penginapan homestay.

“Oleh itu, hanya kampungstay yang dibenarkan membuat aktiviti dan kita juga sudah mula membuat promosi hebat terutama pada 12 Disember ini yang mana promosi istimewa ini akan berlangsung selama 12 jam melalui siaran langsung di Facebook Persatuan Kampungstay dan Homestay.

“Pakej pelancongan yang ditawarkan pada harga menarik khas untuk pelancong tempatan yang ingin merasai pengalaman di kampung dan masakan yang enak, menangkap ikan dan ayam, menorah getah serta mandi sungai,” katanya.

Source link

Malaysia
Comments (0)
Add Comment