Taktik simpan dadah dalam kereta buruk gagal, 4 ditahan

0

Ketua Polis Johor M Kumar berkata semua suspek direman tujuh hari sehingga 2 Oktober depan dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

PETALING JAYA: Taktik sindiket pengedaran dadah menggunakan kereta buruk untuk melakukan kegiatan itu gagal selepas empat lelaki termasuk dalang ditahan dalam serbuan berasingan di Kulai dan Skudai, Rabu lalu.

Ketua Polis Johor, M Kumar, berkata Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) IPK Johor turut merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM309,192 dalam serbuan kira-kira 4 petang hingga 9 malam itu.

“Sindiket menggunakan kenderaan buruk sebagai tempat penyimpanan dadah sebelum diedarkan ke pasaran tempatan.

“Serbuan pertama dibuat di tepi jalan di daerah Kulai dan menahan tiga suspek bersama sebuah kereta dengan sejumlah dadah.

“Serbuan kedua berjaya menahan lagi seorang suspek bersama kenderaan yang diparkir di kawasan tempat letak kereta sebuah kondominium berpagar dan berpengawal. Polis menemui ganja mampat dalam kereta yang dijadikan stor penyimpanan,” katanya pada sidang media hari ini, menurut Harian Metro.

M Kumar berkata rampasan itu terdiri daripada 55,904 gram ganja bernilai RM173,302, 11,795 gram heroin (bernilai RM113,493), 122.70 gram syabu (bernilai RM13,497), 21 gram pil eramin 5 (bernilai RM1,400) dan 70 gram pil ekstasi (bernilai RM7,500).

Beliau berkata dua daripada suspek berumur 29 hingga 49 tahun itu juga didapati positif dadah jenis methamphetamine.

“Hasil semakan rekod lampau mendapati semua suspek mempunyai rekod lampau berkaitan dadah dan jenayah.

“Bekalan dadah dipercayai diperolehi dari Kuala Lumpur, dan sindiket juga bertindak sebagai pemborong yang seterusnya menjual secara runcit dengan peket kecil.

“Kegiatan mereka tidak membabitkan orang lain sebagai penghantar. Semua dilakukan oleh ahli sindiket yang menyukarkan ianya dikesan,” katanya.

Menurutnya, polis turut menyita dua kereta yang digunakan sebagai stor penyimpanan, sebuah motosikal, seutas rantai emas dan wang tunai berjumlah RM233.

“Semua suspek direman tujuh hari sehingga 2 Oktober depan. Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM389,530.53
Ethereum (ETH) RM7,122.57
Tether (USDT) RM4.41
BNB (BNB) RM2,661.16
USDC (USDC) RM4.41
XRP (XRP) RM9.21
BUSD (BUSD) RM4.41
Cardano (ADA) RM2.79
Solana (SOL) RM618.06
Dogecoin (DOGE) RM0.722619
Polkadot (DOT) RM16.57
Polygon (MATIC) RM0.953246
Lido Staked Ether (STETH) RM7,115.82
Shiba Inu (SHIB) RM0.000055
Dai (DAI) RM4.41
TRON (TRX) RM1.09
Avalanche (AVAX) RM88.99