Syarikat terjejas perlu teliti terma kontrak

0

SYARIKAT perniagaan terjejas akibat Covid-19 dinasihatkan mempertimbang secara teliti terma kontrak masing-masing dan undang-undang berkaitan apabila merangka respons bagi menjamin kepentingan mereka susulan penularan wabak itu.

“Tiada satu penyelesaian khusus sesuai untuk semua keadaan memandangkan impak undang-undang akibat penularan Covid-19 terhadap sebarang kontrak berbeza mengikut jenis kontrak, jenis obligasi, keadaan membabitkan obligasi itu dan jangkaan perubahan keadaan,” kata firma guaman Wong & Partners yang juga anggota firma Baker & MacKenzie International dalam satu kenyataan.

Menurut firma itu, Covid-19 yang diisytiharkan sebagai darurat kesihatan global turut mencetuskan kebimbangan serius di serata dunia.

Bagi perniagaan misalnya, pandemik sedemikian mencetuskan gangguan pelbagai tahap di semua industri utama termasuk pengembaraan, peruncitan, pembuatan dan teknologi.

“Dalam tempoh tidak menentu ini, banyak perniagaan tempatan dan multinasional semakin bimbangkan aspek kontrak masing-masing yang terjejas akibat wabak itu.

“Ini khususnya kontrak tertentu yang kini secara komersialnya sukar dilaksana seterusnya membangkitkan isu seperti keadaan kontrak yang terjejas dan apakah hak pihak terbabit, obligasi dan penyelesaian untuk satu sama lain apabila kontrak itu dijejaskan oleh penularan itu?”

Wong & Partners juga percaya berikutan berlakunya Covid-19 itu, ini mungkin menyebabkan pihak terbabit sebagai mustahil untuk meneruskan pelaksanaan kontrak itu seperti arahan, peraturan, undang-udang kerajaan yang menghalang atau mengenakan sekatan bagi menjalankan acara yang tertentu.

Sehubungan itu, ia menasihatkan kalangan perniagaan untuk mempertimbang bagi meneliti semula kontrak terbabit dan mengenal pasti fasal atau klausa majeure force atau keadaan memaksa.

Pengusaha perniagaan itu juga diminta mempertimbang sama ada dapat bergantung kepada (kontrak) atau mana-mana peruntukan lain dalam kontrak dan melihat sama ada terdapat sebarang had atau had masa bagi menguatkuasakan klausa majeure force berkenaan.

“Pertimbangkan jika wujud sebarang keadaan kelonggaran dalam kontrak; jika kontrak-kontrak itu baharu dimeterai, peruntukan-peruntukan yang meliputi kemungkinan perlu turut dirangka secara strategik. Ambil kira rundingan dalam keadaan saling menguntungkan berbanding tindakan menamatkan (hubungan perniagaan,” kata firma itu.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM415,617.27
Ethereum (ETH) RM7,975.19
Tether (USDT) RM4.38
BNB (BNB) RM2,671.11
USDC (USDC) RM4.38
XRP (XRP) RM10.02
BUSD (BUSD) RM4.36
Cardano (ADA) RM3.12
Solana (SOL) RM651.20
Dogecoin (DOGE) RM0.787184
Polkadot (DOT) RM18.82
Polygon (MATIC) RM1.06
Lido Staked Ether (STETH) RM7,970.81
Shiba Inu (SHIB) RM0.000061
Dai (DAI) RM4.38
TRON (TRX) RM1.08
Avalanche (AVAX) RM96.87