Syabu bernilai RM300,000 ditemukan di Pulau Konet

Pengarah Maritim Melaka dan Negeri Sembilan, Mohd Khairi Abd Aziz, berkata sebuah bot mencurigakan menuju ke Pulau Konet berjaya meloloskan diri. (Gambar APMM)
PETALING JAYA: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menemukan enam kilogram dadah jenis syabu dianggarkan bernilai RM300,000 di pantai Pulau Konet, Telok Gong.
Pengarah Maritim Melaka dan Negeri Sembilan, Mohd Khairi Abd Aziz, berkata dadah tersebut dibungkus dengan pembalut teh cina dalam kejadian kira-kira 3.20 pagi tadi.
“Aset APMM yang sedang melaksanakan rondaan rutin telah mengesan sebuah bot dalam keadaan mencurigakan menuju ke arah Pulau Konet sebelum suspek bertindak memecut laju ke kawasan cetek untuk meloloskan diri.
“Dengan keadaan cuaca gelap dan air semakin surut, anggota bot APMM kemudiannya meminta bantuan pasukan operasi darat ke lokasi kejadian,” katanya menurut Bernama.
Beliau berkata, semua dadah tersebu dirampas dan diserahkan kepada pegawai penyiasat untuk siasatan lanjut.
Khairi berkata, agensi itu sentiasa melaksanakan pemantauan operasi dan penguatkuasaan undang-undang agar perairan negara selamat daripada sebarang aktiviti yang menggugat kedaulatan negara.
Sebarang maklumat salah laku di laut boleh laporkan ke Pusat Operasi Maritim Negeri Melaka dan Negeri Sembilan di talian 06-3876730 atau talian kecemasan NG999 yang beroperasi 24 jam.

Source link

DadahmaritimPulau Konetrondaansyabu
Comments (0)
Add Comment