STAR sokong Hajiji, tuduh Umno ‘tangan ghaib’

0

Semalam, Bendahari Pemuda Umno Naim Kurniawan Moktar menyeru Ketua Menteri Hajiji Noor meletak jawatan dan cadang timbalannya Jeffrey Kitingan yang juga presiden STAR dilantik ketua menteri interim.

PETALING JAYA: Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) menyuarakan sokongan penuh kepada Ketua Menteri Hajiji Noor, sambil menuduh Umno sebagai ‘tangan ghaib’ dalam politik Sabah.

Timbalan Ketua Penerangan STAR, Ardino Diris, berkata desakan supaya Hajiji berundur hanya bermotif politik.

Kenyataan Ardino sehari selepas Bendahari Pemuda Umno Naim Kurniawan Moktar menyeru Hajiji meletak jawatan semalam, sambil mencadangkan Presiden STAR Jeffrey Kitingan, yang juga timbalan ketua menteri, dilantik menjadi ketua menteri interim.

Naim berkata, Jeffrey selaku pemimpin politik berpengalaman perlu diberikan peluang sewajarnya bagi membendung krisis integriti, reputasi dan kredibiliti yang menjejaskan imej Sabah.

Bagaimanapun, Ardino berkata, Hajiji telah membuktikan beliau pemimpin kuat dan inklusif yang membawa kestabilan diperlukan Sabah.

“Cubaan untuk menimbulkan perpecahan dalam GRS hanya akan melemahkan usaha memajukan negeri ini,” katanya.

Katanya, Sabah mempunyai hak menentukan hala tuju sendiri. “Sebarang campur tangan hanya akan mencetuskan ketidakstabilan politik dan merosakkan kemajuan yang telah kita capai bersama.”

“STAR mengutuk sekeras-kerasnya mana-mana pihak yang cuba menggugat perpaduan dan kestabilan kerajaan. Kami menyeru semua pihak dalam GRS untuk terus bersatu dan fokus pada tanggungjawab terhadap rakyat Sabah,” katanya.

Dalam seruan supaya Hajiji melepaskan jawatan semalam, Naim berkata, berlaku ‘krisis integriti, reputasi, dan kredibiliti’, berkisar dakwaan skandal terkait Sabah Mineral Management (SMM) yang mana melibatkan Hajiji, beberapa menteri negeri, dan beberapa pengerusi syarikat berkaitan kerajaan (GLC) Sabah.

Bulan lalu, bekas ketua pegawai eksekutif SMM, Jontih Enggihon, berkata beliau mempunyai bukti mendakwa Hajiji salah guna kuasa, termasuk mesej teks daripada Hajiji, nota taklimat, dan minit mesyuarat lembaga pengarah SMM.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM412,410.64
Ethereum (ETH) RM7,903.28
Tether (USDT) RM4.37
BNB (BNB) RM2,659.46
USDC (USDC) RM4.37
XRP (XRP) RM9.62
BUSD (BUSD) RM4.38
Cardano (ADA) RM3.09
Solana (SOL) RM651.47
Dogecoin (DOGE) RM0.792405
Polkadot (DOT) RM18.68
Polygon (MATIC) RM1.08
Lido Staked Ether (STETH) RM7,895.36
Shiba Inu (SHIB) RM0.000062
Dai (DAI) RM4.37
TRON (TRX) RM1.10
Avalanche (AVAX) RM96.71