Sindiket menyamar ejen rumah mampu milik, 19 mangsa rugi RM122,000

0

Exco Johor Mohd Jafni Md Shukor berkata suspek utama dipercayai seorang lelaki tempatan berusia 55 tahun yang sudah dituduh di mahkamah, dengan beberapa lagi kes akan difailkan di mahkamah. (Gambar Umno Online)
PETALING JAYA: Kerajaan Johor mengesan 19 kes sindiket penipuan menyamar sebagai ejen Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) dan program perumahan rakyat (PPR) membabitkan kerugian kira-kira RM122,000 tahun lepas.
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Mohd Jafni Md Shukor berkata, kes itu dilaporkan berlaku sejak Julai lalu, dengan suspek utama dipercayai seorang lelaki tempatan berusia 55 tahun.
Beliau berkata, mangsa mendakwa dikenakan bayaran deposit pembelian rumah RM500 hingga RM5,000 dan dijanjikan akan mendapat rumah dimohon.
“Pada awalnya, empat mangsa membuat aduan di kaunter Perbadanan Kemajuan Perumahan Negeri Johor (PKPJ) bahawa mereka ditawarkan rumah RMMJ dan PPR serta perlu menjelaskan bayaran deposit.

“Susulan itu, kerajaan negeri membuat laporan polis dan meminta Ketua Polis Johor (Kamarul Zaman Mamat) menyiasat dan mendapati 19 laporan polis dibuat mangsa,” katanya dipetik Bernama selepas merasmikan Program Jom Turun @ PPR Sri Stulang dan Sri Iskandar di Johor Bahru.
Menurut Jafni, lelaki berusia 55 tahun itu sudah dituduh di mahkamah dan beberapa lagi kes akan dituduh ke atas individu terbabit.
Tegasnya, kerajaan negeri tidak pernah melantik ejen atau orang tengah bagi permohonan RMMJ dan PPR di Johor, selain tiada sebarang bayaran dikenakan bagi permohonan yang boleh dibuat menerusi portal eRumah atau hadir ke pejabat PKPJ.
Sementara itu, Kamarul Zaman ketika dihubungi Bernama mengesahkan ada menerima laporan berkaitan kes itu.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM415,056.95
Ethereum (ETH) RM7,858.97
Tether (USDT) RM4.38
BNB (BNB) RM2,649.39
USDC (USDC) RM4.38
XRP (XRP) RM10.07
BUSD (BUSD) RM4.34
Cardano (ADA) RM3.07
Solana (SOL) RM647.78
Dogecoin (DOGE) RM0.780219
Polkadot (DOT) RM18.69
Polygon (MATIC) RM1.05
Lido Staked Ether (STETH) RM7,844.70
Shiba Inu (SHIB) RM0.00006
Dai (DAI) RM4.38
TRON (TRX) RM1.09
Avalanche (AVAX) RM95.60