Saya tak tahu plot guling Chow, kata Kit Siang

0

Lim Kit Siang menghadiri majlis pelancaran jilid kedua memoirnya ‘Lim Kit Siang: Malaysia First’ hari ini.
GEORGE TOWN: Veteran DAP, Lim Kit Siang tidak tahu dakwaan rancangan menggulingkan Naib Presiden Chow Kon Yeow sebagai ketua menteri Pulau Pinang.
“Saya telah bersara daripada barisan depan politik DAP lebih setahun, tetapi saya terkejut bahawa perbezaan pendapat berhubung cara menangani isu tertentu dalam DAP Pulau Pinang diperbesarkan sebagai rancangan menjatuhkan Chow Kon Yeow sebagai ketua menteri Pulau Pinang.
“Saya percaya saya tidak bersara sehingga tidak tahu rancangan menjatuhkan Chow sebagai ketua menteri,” katanya ketika berucap dalam majlis pelancaran jilid kedua memoirnya “Lim Kit Siang: Malaysia First”.
Baru-baru ini, Chow mendakwa wujud langkah jelas menggulingkannya dan ada orang di dalam dan luar parti mahu “menundukkannya”.
Pengerusi DAP, Lim Guan Eng kemudian menggesa Chow membuktikan dakwaan plot itu.
Chow kemudian menarik balik dakwaannya dengan berkata, beliau hanya bercakap tentang keadaan sebelum PRN baru-baru ini.
‘Memoir akan sangkal dakwaan terhadap saya, DAP’
Semasa sesi soal jawab, Lim berharap memoirnya akan menoktahkan dakwaan beliau menentang Orang Melayu dan raja-raja, selain tuduhan Islamofobia dan komunis.
“Ini fitnah dan pembohongan yang menjadi masalah dalam era maklumat,” katanya sambil menambah memoirnya akan membuktikan dakwaan itu palsu dan tidak berasas.
Pengarang memoir, Kee Tuan Chye menyokong Lim dengan berkata, buku itu memberikan “sejarah ganti” bekas pemimpin DAP itu yang sengaja disalahertikan dan dituduh banyak pihak sebagai menentang orang Melayu dan raja-raja.
Bekas Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu turut mencabar Presiden PAS, Hadi Awang meneliti dua jilid memoirnya dan mengesahkan atau menarik balik dakwaan lamanya.
April lalu, Lim mencabar Hadi membuktikan beliau ada kaitan dengan komunis.
Katanya, beliau akan ditahan pihak berkuasa bawah undang-undang keselamatan semasa Perikatan Nasional berkuasa dari 2020 hingga 2022, jika dakwaan Hadi itu benar.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM415,993.73
Ethereum (ETH) RM7,885.71
Tether (USDT) RM4.38
BNB (BNB) RM2,654.30
USDC (USDC) RM4.38
XRP (XRP) RM10.07
BUSD (BUSD) RM4.35
Cardano (ADA) RM3.08
Solana (SOL) RM647.61
Dogecoin (DOGE) RM0.782771
Polkadot (DOT) RM18.74
Polygon (MATIC) RM1.05
Lido Staked Ether (STETH) RM7,886.46
Shiba Inu (SHIB) RM0.00006
Dai (DAI) RM4.38
TRON (TRX) RM1.09
Avalanche (AVAX) RM95.78