Sasar jual sejuta Immune Booster

0

AFWAH Agro Sinergi Sdn Bhd menyasar menjual lebih sejuta unit produk keluaran syarikatnya, Immune Booster pada tahun ini.

   Pengerusinya, Prof Dr Irwandi Jaswir berkata, pihaknya optimis sasaran itu tercapai terutama disumbangkan bukan sahaja dari pasaran tempatan, malah di peringkat global.

Katanya, Immune Booster produk premium bertaraf antarabangsa yang dibangunkan melalui penyelidikan berbelas-belas tahun yang mengetengahkan empat jenis herba utama iaitu pegaga, kunyit, hempedu bumi dan peria katak.

   “Semua bahan ini mempunyai ciri dan sifat antimikrobial yang sangat berkesan, bahkan sebahagian besarnya bersifat antivirus yang belum banyak diketengahkan.

   “Herba digunakan dalam produk Immune Booster ini warisan bangsa yang perlu diketengahkan ke peringkat antarabangsa, kerana khasiatnya sangat luar biasa,” katanya.

   Menurutnya, ditambah dengan pelbagai herba lain dalam setiap ramuan dan tanpa penggunaan bahan kimia, produk Immune booster secara ketara berkesan meningkatkan daya tahan badan.

   Dr Irwandi berkata, Immune Booster dijual menerusi 34 platform e-dagang seluruh dunia dan fokus utama syarikat untuk mengetengahkan produk Malaysia ke luar negara.

   Sebagai saintis bidang pemakanan dan bioteknologi, beliau menyarankan pemakanan dan imuniti masyarakat perlu dipertingkat terutama dalam situasi pandemik Covid-19.

  “Empat jenis herba dalam satu pek Immune Booster ini adalah pakej lengkap, hasil dari penyelidikan bertahun-tahun bagi meningkatkan imuniti badan,” katanya.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM407,944.75
Ethereum (ETH) RM7,744.10
Tether (USDT) RM4.37
BNB (BNB) RM2,628.67
USDC (USDC) RM4.37
XRP (XRP) RM9.80
BUSD (BUSD) RM4.36
Cardano (ADA) RM3.02
Solana (SOL) RM636.64
Dogecoin (DOGE) RM0.7697
Polkadot (DOT) RM17.71
Polygon (MATIC) RM1.02
Lido Staked Ether (STETH) RM7,738.77
Shiba Inu (SHIB) RM0.000058
Dai (DAI) RM4.37
TRON (TRX) RM1.07
Avalanche (AVAX) RM92.99