RM17.9 bilion pelaburan China dilulus dalam sektor perkilangan

Pelaburan bernilai RM17.9 bilion dari China diluluskan dalam sektor perkilangan bawah seliaan Miti dan Mida bagi tempoh 2023 hingga separuh pertama 2024. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR: Pelaburan bernilai RM17.9 bilion dari China diluluskan dalam sektor perkilangan bawah seliaan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (Miti) serta Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (Mida) bagi tempoh 2023 hingga separuh pertama 2024.
Pelaburan itu melibatkan 110 projek yang diluluskan dan akan menjana 14,343 peluang pekerjaan baharu.
“Daripada jumlah tersebut, 54 projek (49.1%) dengan pelaburan RM3.8 bilion telah direalisasikan, mewujudkan 5,303 pekerjaan,” menurut MITI dalam jawapan bertulis yang disiarkan di laman sesawang Parlimen hari ini.
“Ini merupakan pencapaian yang memberangsangkan memandangkan pelaksanaan projek perkilangan yang diluluskan lazimnya mengambil masa 18 hingga 24 bulan untuk direalisasikan, bergantung kepada skala projek dan keadaan ekonomi semasa.”
MITI menjelaskan sedemikian menjawab soalan Roslan Hashim (PN-Kulim Bandar Baharu) yang meminta kementerian itu memaklumkan jumlah dan butiran pelaburan yang telah direalisasikan setakat ini daripada anggaran pelaburan RM170 bilion dalam misi perdagangan dan pelaburan ke China tahun lepas

Source link

jawapan bertulismitiparlimenpelaburan asingpelaburan chinaRoslan Hashimsektor perkilangan
Comments (0)
Add Comment