Rancang produk jangkau 800j orang

0

GSK Malaysia, syarikat penjagaan kesihatan pengguna komited menggunakan strategi akses bagi memastikan produk keluarannya dapat menjangkau 800 juta orang yang tidak tercapai terutama di negara membangun menjelang 2025.

Pengurus Besar Penjagaan Kesihatan Pengguna GSK Malaysia, Bryan Wong berkata, strategi itu termasuk harga berperingkat, sumbangan produk dan perjanjian pelesenan sukarela untuk memperluas akses melalui pengeluar generik.

“Sejak kami menetapkan sasaran ini pada 2018, produk kami menjangkau lebih dari 192 juta orang di seluruh dunia melalui strategi akses ini.

“Malah, GSK memfokus tiga perkara utama iaitu inovasi, prestasi dan kepercayaan di mana GSK menampilkan kelainan produk keperluan kesihatan yang berkualiti tinggi kepada pengguna melalui tiga perniagaan global iaitu vaksin, farmaseutikal dan penjagaan kesihatan pengguna.

“Selain itu, kami memastikan produk kami mampu milik dan harga berpatutan,” katanya pada sidang media maya, di sini.

Wong berkata, GSK juga komited melaksanakan projek tanggungjawab sosial korporatnya dengan tujuan menyediakan perkhidmatan kesihatan kepada mereka yang memerlukan.

Beliau berkata, pihaknya menyediakan akses penjagaan kesihatan dengan melihat keperluan masyarakat dan bekerjasama dengan rakan kongsi yang boleh dipercayai.

“Antara beberapa program kami termasuk kerjasama dengan Save the Children bagi membantu mengurangkan kematian kanak-kanak.

“Pada 2019, kerjasama itu membantu kira-kira 114,000 kanak-kanak di bawah usia lima tahun (hampir tiga juta kanak-kanak sejak 2013) dengan menyediakan dan memperluas liputan imunisasi, mempercepat rawatan dan memperkuat sistem penjagaan kesihatan.

“Selain itu, kami juga melancarkan program baharu di Nigeria untuk mencegah penyakit berjangkit dalam kalangan kanak-kanak serta memberi 3,500 kanak-kanak pembedahan percuma dan rawatan masalah sumbing melalui kerjasama kami dengan Smile Train,” katanya.

Beliau berkata, GSK Malaysia turut mengambil bahagian dalam menghulurkan sumbangan sebanyak RM325,000 kepada Tabung Kemanusiaan Media Prima – NSTP sebagai tanda sokongan terhadap petugas barisan hadapan negara dalam memerangi Covid-19.

Menerusi jalinan kerjasama itu, sumbangan diberi akan digunakan untuk membeli peralatan perlindungan diri (PPE).

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM414,558.32
Ethereum (ETH) RM7,984.10
Tether (USDT) RM4.36
BNB (BNB) RM2,631.45
USDC (USDC) RM4.36
XRP (XRP) RM9.95
BUSD (BUSD) RM4.32
Cardano (ADA) RM3.11
Solana (SOL) RM647.82
Dogecoin (DOGE) RM0.77841
Polkadot (DOT) RM18.46
Polygon (MATIC) RM1.05
Lido Staked Ether (STETH) RM7,974.89
Shiba Inu (SHIB) RM0.000059
Dai (DAI) RM4.36
TRON (TRX) RM1.08
Avalanche (AVAX) RM96.12