PRN Sabah: 54% keluar mengundi setakat 2 petang

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Abdul Ghani Salleh berkata, jumlah peratusan keluar mengundi meningkat berbanding 48% pada 1 tengah hari.

KOTA KINABALU: Tiga jam sebelum proses pengundian berakhir, sebanyak 54% pemilih berdaftar di Sabah telah keluar mengundi setakat 2 petang tadi, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Jumlah itu meningkat berbanding 48% pada 1 tengah hari.

SPR menyasarkan antara 70 hingga 75% pengundi menunaikan tanggungjawab mereka sehingga pusat pengundian ditutup sepenuhnya pada 5 petang ini.

Sebanyak 2,540 saluran di 741 pusat mengundi dibuka di semua 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi membolehkan rakyat Sabah memilih kerajaan baharu pada PRN ke-16.

Proses pengundian yang melibatkan 1,088,711 pengundi biasa, dikendalikan 17,257 petugas pilihan raya sehingga waktu mengundi tamat.

Tekan sini untuk berita terkini PRN Sabah

Source link

Comments (0)
Add Comment