Polis tertembak diri sendiri meninggal dunia

0

Ketua Polis Pulau Pinang Hamzah Ahmad, berkata anggota berkenaan alami kecederaan serius di bahagian kepala dalam insiden pada Selasa. (Gambar fail)
GEORGE TOWN: Anggota polis yang cedera parah dipercayai tertembak diri sendiri di bahagian kepala dalam kejadian di bilik pengawal IPK Pulau Pinang, petang Selasa, meninggal dunia petang tadi.
Ketua Polis Pulau Pinang Hamzah Ahmad, berkata koperal berusia 58 tahun itu disahkan meninggal dunia pada 5.12 petang ketika menerima rawatan di unit rawatan rapi umum (GICU) Hospital Pulau Pinang.
“Mendiang dari Kem Komandan, Jabatan Pengurusan IPK Pulau Pinang, telah disahkan meninggal dunia. Sebelum ini, anggota berkenaan mengalami kecederaan serius di bahagian kepala akibat insiden tertembak diri sendiri pada Selasa,” katanya menerusi catatan di Facebook Polis Diraja Malaysia (PDRM) Pulau Pinang.
Beliau, isteri serta seluruh warga kerja polis Pulau Pinang merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga mendiang dan mendoakan agar mereka tabah menghadapi ujian serta ketentuan ini, selain dipermudahkan segala urusan.
Anggota polis yang bertugas di Cawangan Kem Komandan itu ditemukan parah di kepala dalam bilik pengawal IPK Pulau Pinang pada 6.12 petang Selasa lalu, dipercayai akibat tertembak diri sendiri.
Siasatan di tempat kejadian mendapati satu das tembakan dilepaskan daripada senjata yang digunakan anggota berkenaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 39 Akta Senjata 1960.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM388,217.10
Ethereum (ETH) RM6,957.42
Tether (USDT) RM4.41
BNB (BNB) RM2,643.53
USDC (USDC) RM4.41
XRP (XRP) RM9.17
BUSD (BUSD) RM4.40
Cardano (ADA) RM2.74
Solana (SOL) RM612.07
Dogecoin (DOGE) RM0.707082
Polkadot (DOT) RM16.44
Polygon (MATIC) RM0.905975
Lido Staked Ether (STETH) RM6,950.76
Shiba Inu (SHIB) RM0.000055
Dai (DAI) RM4.41
TRON (TRX) RM1.09
Avalanche (AVAX) RM87.49