Polis siasat video upacara keagamaan

0

Ketua Polis Pulau Pinang Hamzah Ahmad meminta orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi berhubung video itu. (Gambar Facebook)

GEORGE TOWN: Polis Pulau Pinang menjalankan siasatan berhubung video tular di media sosial yang memaparkan satu upacara keagamaan di sebuah tokong di negeri ini yang berlatarbelakangkan runut bunyi selawat.

Ketua Polis Pulau Pinang Hamzah Ahmad berkata pihaknya telah membuka kertas siasatan kes itu di bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Pihak polis telah mengesan video tular itu di aplikasi TikTok pada 11.30 pagi ini dan kami membuka kertas siasatan bagi menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian tersebut,” katanya dalam kenyataan akhbar hari ini.

Beliau meminta orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung video itu dan beri ruang pihak polis menjalankan siasatan berhubung perkara tersebut.

Terdahulu, tular satu rakaman video berdurasi 20 saat memaparkan upacara keagamaan di sebuah tokong dengan berlatarbelakangkan selawat namun video tersebut telah diturunkan daripada aplikasi TikTok.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM370,640.23
Ethereum (ETH) RM6,926.48
Tether (USDT) RM4.41
BNB (BNB) RM2,600.07
USDC (USDC) RM4.41
XRP (XRP) RM8.99
BUSD (BUSD) RM4.41
Cardano (ADA) RM2.71
Solana (SOL) RM600.48
Dogecoin (DOGE) RM0.675022
Polkadot (DOT) RM16.84
Polygon (MATIC) RM0.829554
Lido Staked Ether (STETH) RM6,919.38
Shiba Inu (SHIB) RM0.000053
Dai (DAI) RM4.41
TRON (TRX) RM1.08
Avalanche (AVAX) RM85.06