Polis Marin rampas dadah lebih 100kg bernilai RM3.5 juta

0

Komander PPM Wilayah Satu Pulau Pinang, Rusley Che Ari, berkata dadah jenis methamphetamine ditemukan dalam 102 bungkusan kuning. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA: Dadah methamphetamine seberat lebih 107kg dengan anggaran RM3.5 juta dirampas Pasukan Polis Marin (PPM) dari sebuah bot, berhampiran Pulau Lima, Alor Setar.
Komander PPM Wilayah Satu Pulau Pinang, Rusley Che Ari, berkata polis melalui PPM Wilayah Satu Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) telah melancarkan operasi khas pada Isnin lalu, berkaitan maklumat penyeludupan masuk dadah di perairan Pulau Pinang sehingga ke Langkawi.
“Operasi melibatkan dua pegawai dan 32 anggota serta enam bot ronda itu berjaya menahan bot berkenaan pada 11 malam. Namun, dua suspek yang berada di dalam bot tersebut bertindak terjun ke laut dan sehingga kini masih belum dapat dikesan.
“Hasil siasatan lanjut menemukan 102 bungkusan kuning mengandungi plastik lut sinar berisi ketulan mampat kristal jernih, disyaki dadah methamphetamine, dengan anggaran berat 107.581kg dan nilai pasaran melebihi RM3.5 juta,” katanya menurut Bernama.
Turut dirampas, bot itu bernilai lebih RM200,000 dengan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
Rusley berkata, PPM akan terus mempergiatkan rondaan, operasi, dan risikan bagi membanteras jenayah penyeludupan dadah dan barang terlarang lain demi memastikan keselamatan negara daripada anasir jahat.
“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kegiatan yang menyalahi undang-undang maritim boleh menghubungi talian hotline Markas Operasi Pasukan Marin Langkawi di 04-9668687 dan Ibu Pejabat Polis Daerah Langkawi di 04-9666222 atau ke mana-mana balai berdekatan,” katanya.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM411,611.12
Ethereum (ETH) RM7,826.85
Tether (USDT) RM4.37
BNB (BNB) RM2,634.81
USDC (USDC) RM4.37
XRP (XRP) RM9.62
BUSD (BUSD) RM4.36
Cardano (ADA) RM3.10
Solana (SOL) RM648.64
Dogecoin (DOGE) RM0.795414
Polkadot (DOT) RM18.59
Polygon (MATIC) RM1.07
Lido Staked Ether (STETH) RM7,811.19
Shiba Inu (SHIB) RM0.000062
Dai (DAI) RM4.37
TRON (TRX) RM1.10
Avalanche (AVAX) RM96.29