AHLI lembaga pengarah Permodalan Nasional Berhad (PNB) menerima peletakan jawatan Jalil Rasheed sebagai presiden dan ketua pegawai eksekutifnya, berkuat kuasa hari ini.
Pengurusan kanan PNB menzahirkan penghargaan kepada Jalil atas sumbangan beliau sepanjang mengetuai PNB.
PNB dalam kenyataan berkata, pihaknya juga mengucapkan selamat maju jaya kepada Jalil dalam pilihan yang dibuat selepas ini.
Lembaga pengarah juga sudah meluluskan pelantikan baharu bagi jawatan berkenaan dan akan membuat pengumuman selepas menerima kelulusan yang diperlukan.