PM umum RM35 juta untuk sokong ekosistem wakaf negara

0

Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata sebanyak RM30 juta diperuntukan untuk wakaf Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional yang diurus bersama Yayasan Wakaf Malaysia.
PUTRAJAYA: Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan RM35 juta bagi menyokong ekosistem wakaf negara.
Anwar berkata, peruntukan itu akan digunakan untuk wakaf pendidikan dan pembentukan entiti Wakaf Nasional Berhad Malaysia.
“RM30 juta untuk wakaf Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan wakaf pendidikan yang diurus bersama oleh Yayasan Wakaf Malaysia (YWM).
“Bagi modal pembentukan entiti Wakaf Nasional Berhad pula, kerajaan menyalurkan RM5 juta. Peruntukan selebihnya boleh dimohon dalam belanjawan akan datang,” katanya ketika berucap pada Majlis Sambutan Bulan Wakaf Kebangsaan 2025 di PICC.
Perdana menteri berkata, sumbangan wakaf daripada individu sangat penting, sambil menambah tiada jumlah khusus yang boleh sumbangkan kepada YWM.
Sementara itu, Anwar menegaskan beliau tidak akan membiarkan pihak-pihak tertentu bertindak ‘menyakau’ wang rakyat di kala ada dalam kalangan rakyat miskin sanggup memberi sumbangan kepada YWM.
“Orang yang gajinya RM3,000 derma dan wakaf RM100 dan orang kaya mencuri ratusan juta ringgit dan (adakah) kita dalam sistem harus biarkan, manakala (mereka) beri pelbagai alasan, politiklah… ini harus dibetulkan.
“Kalau negara ini mahu selamat dan menggerakkan masyarakat, kita harus beri kesedaran kepada mereka jangan tunggu jadi kaya untuk wakaf,” katanya.
Beliau juga memberitahu, beberapa syarikat milik Melayu turut menyatakan kesediaan untuk mendukung kekuatan ekonomi wakaf Malaysia dengan memberi sumbangan kepada badan wakaf negara.
Katanya, kerajaan sedang memperincikan beberapa peraturan terlebih dahulu sebelum perjanjian bersama syarikat swasta itu dimeterai.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM397,649.06
Ethereum (ETH) RM7,241.13
Tether (USDT) RM4.41
BNB (BNB) RM2,680.29
USDC (USDC) RM4.41
XRP (XRP) RM9.39
BUSD (BUSD) RM4.41
Cardano (ADA) RM2.87
Solana (SOL) RM631.15
Dogecoin (DOGE) RM0.742452
Polkadot (DOT) RM16.84
Polygon (MATIC) RM0.959006
Lido Staked Ether (STETH) RM7,233.85
Shiba Inu (SHIB) RM0.000057
Dai (DAI) RM4.41
TRON (TRX) RM1.08
Avalanche (AVAX) RM90.84