PFLNG Dua rekod pengeluaran gas asli cecair

0

Kuala Lumpur: Petronas merekodkan pengeluaran gas asli cecair (LNG) pertamanya pada 6 Februari lalu menerusi kemudahan LNG terapung (FLNG) keduanya, PFLNG Dua.

FLNG air dalam pertama Petronas ketika ini terletak di medan gas Rotan, iaitu 140 kilometer dari Kota Kinabalu, Sabah.

Naib Presiden Aset LNG Petronas, Zakaria Kasah berkata, pencapaian itu menunjukkan fokus pelaksanaan dan usaha berterusan Petronas untuk menyampaikan penyelesaian inovatif dan berpaksikan pelanggan.

“Walaupun beroperasi dalam persekitaran mencabar yang disukarkan lagi dengan Covid-19, kami berjaya melaksanakan struktur mega dan mencapai pengeluaran LNG pertama dalam masa tujuh hari.

“Ini adalah rekod pencapaian dan tunggak kejayaan kepada Petronas serta industri LNG,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, PFLNG Dua dijangka membuat penghantaran pertama kargo LNG kepada pelanggan menjelang pertengahan Mac ini.

Selepas dikomersialkan, Petronas akan menjadi syarikat tenaga global pertama yang memiliki dan mengendalikan dua kemudahan LNG terapung.

Bersama dengan PFLNG Satu, yang pertama kali menghasilkan LNG dari lapangan gas Kanowit di luar pesisir Sarawak pada 2016 dan berjaya dipindahkan ke ladang Kebabangan di luar pesisir Sabah pada 2019, penyelesaian itu membolehkan pemprosesan LNG dilakukan di luar pesisir (beratus kilometer dari darat).

Ia membolehkan Petronas membuka gas di kawasan terpencil dan terdampar yang sebelum ini tidak ekonomik untuk diterokai.

PFLNG Dua berupaya mencapai medan gas pada kedalaman air sehingga 1,500 meter dan mampu mengeluarkan 1.5 juta tan LNG setahun.

Ini adalah sebahagian daripada portfolio kemudahan LNG Petronas di seluruh dunia yang membolehkan syarikat mencapai cita-cita menggerakkan dunia dengan tenaga lebih bersih, dan pada masa sama mengubah Sabah menjadi hab perairan dalam serantau.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM416,006.86
Ethereum (ETH) RM7,878.14
Tether (USDT) RM4.38
BNB (BNB) RM2,653.42
USDC (USDC) RM4.38
XRP (XRP) RM10.07
BUSD (BUSD) RM4.35
Cardano (ADA) RM3.09
Solana (SOL) RM647.69
Dogecoin (DOGE) RM0.783993
Polkadot (DOT) RM18.56
Polygon (MATIC) RM1.05
Lido Staked Ether (STETH) RM7,868.47
Shiba Inu (SHIB) RM0.00006
Dai (DAI) RM4.38
TRON (TRX) RM1.09
Avalanche (AVAX) RM95.69