Persenda tarian kavadi: Polis siasat penyampai radio Era

0

Ketua Polis Negara Razarudin Husain berkata kertas siasatan dibuka selepas polis menerima enam laporan di seluruh negara.
PETALING JAYA: Polis membuka kertas siasatan terhadap kakitangan stesen radio Era termasuk tiga penyampainya kerana disyaki mempersenda tarian kavadi Hindu dalam satu rakaman video.
Ketua Polis Negara Razarudin Husain berkata siasatan itu dibuat selepas polis menerima enam laporan di seluruh negara berkaitan video kontroversi tersebut, lapor Berita Harian.
Katanya, laporan pertama dibuat seorang lelaki yang melihat hantaran video tersebut di aplikasi Facebook.
“Pengadu membuat laporan polis kerana perkara itu mempersendakan agama Hindu dan sensitiviti.
“Susulan itu, kita menjalankan siasatan mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya yang dipetik sebagai berkata.
Terdahulu Astro Audio menggantung penyampai radio 3 Pagi Era Nabil Ahmad, Azad Jasmin dan Radin Amir Affendi Ahmad Aruani serta dua lagi kakitangan susulan kontroversi itu.
Dalam kenyataan, Astro Audio berkata keputusan itu dibuat selepas CEO dan pengurusan tertinggi syarikat itu mengadakan perjumpaan bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia hari ini.
Dalam hantaran di akaun Instagram Era FM, Nabil, Azad dan Radin memohon maaf atas video tersebut dan mengakui mereka tidak sensitif, terutama kepada masyarakat India.
Video yang telah diturunkan dalam platform media sosial stesen itu, memaparkan seorang penyampai meniru tarian kavadi, sambil menyebut ‘Vel Vel disusuli gelak tawa.
Klip itu mengundang kritikan meluas dengan kebanyakan ia berupa penghinaan kepada tradisi Hindu iaitu upacara suci dilakukan ketika Thaipusam kepada Dewa Murugan.
Ia mencetuskan reaksi keras daripada Timbalan Presiden MIC yang juga Ahli Parlimen Tapah, M Saravanan, yang menuntut permohonan maaf terbuka termasuk menyeru kerajaan mengambil tindakan terhadap Era FM.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, berkata pihaknya menerima aduan daripada pelbagai pihak berhubung tindakan kakitangan stesen radio terbabit.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM416,593.45
Ethereum (ETH) RM8,035.03
Tether (USDT) RM4.38
BNB (BNB) RM2,641.21
USDC (USDC) RM4.38
XRP (XRP) RM10.02
BUSD (BUSD) RM4.36
Cardano (ADA) RM3.13
Solana (SOL) RM651.46
Dogecoin (DOGE) RM0.785118
Polkadot (DOT) RM18.65
Polygon (MATIC) RM1.05
Lido Staked Ether (STETH) RM8,027.94
Shiba Inu (SHIB) RM0.00006
Dai (DAI) RM4.38
TRON (TRX) RM1.08
Avalanche (AVAX) RM97.01