Perolehan sewaan 28 helikopter teratur, ikut keperluan, kata menteri

0

Menteri Pertahanan Khaled Nordin berkata beliau sudah menjelaskan kelebihan pendekatan sewaan 28 helikopter AugustaWestland 139 itu ketika penggulungan Belanjawan 2025 yang lalu. (Gambar Wikipedia)
PETALING JAYA: Kementerian Pertahanan mempertahankan keputusan kerajaan untuk menyewa 28 helikopter AugustaWestland 139 selama 15 tahun dengan kos RM16.6 bilion.
Menteri Pertahanan Khaled Nordin berkata perolehan menggunakan pendekatan sewaan helikopter itu adalah teratur dan bersandarkan keperluan.
Katanya, beliau sudah menjelaskan kelebihan pendekatan sewaan itu ketika penggulungan Belanjawan 2025 yang lalu.
Khaled berkata Perdana Menteri Anwar Ibrahim juga menjelaskan perkara itu di Dewan Rakyat pada November tahun lalu.
“Bagaimanapun, perkara ini akan diulas dan dijawab sekali lagi oleh saya semasa sesi penggulungan kementerian bagi perbahasan kali ini yang dijadualkan pada 20 Feb
Semalam, Ketua Pembangkang Hamzah Zainudin mempersoalkan keputusan kerajaan untuk menyewa helikopter itu dan mendakwa ia lebih murah jika membeli terus pesawat tersebut.
Mendakwa ‘ada pihak mengaut keuntungan’, Hamzah berkata pembelian terus helikopter itu dari pengeluar hanya menelan belanja RM3.954 bilion.
Katanya, tentera udara sudah menggunakan 12 helikopter Eurocopter 725 yang lebih besar, kukuh dan lebih lengkap berbanding AW139.
Hamzah berkata, penggunaan satu jenis helikopter menjimatkan kos penyelenggaraan.
Beliau juga mencabar kerajaan untuk membenarkan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara menyiasat perjanjian penyewaan helikopter itu sekiranya Putrajaya ‘tiada apa yang mahu disorokkan’.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM410,860.17
Ethereum (ETH) RM7,867.55
Tether (USDT) RM4.39
BNB (BNB) RM2,653.69
USDC (USDC) RM4.39
XRP (XRP) RM9.70
BUSD (BUSD) RM4.39
Cardano (ADA) RM3.06
Solana (SOL) RM661.50
Dogecoin (DOGE) RM0.781235
Polkadot (DOT) RM17.96
Polygon (MATIC) RM0.963554
Lido Staked Ether (STETH) RM7,865.88
Shiba Inu (SHIB) RM0.000059
Dai (DAI) RM4.39
TRON (TRX) RM1.08
Avalanche (AVAX) RM98.05