Penggodam curi data tentera Malaysia tahun lalu, kata firma keselamatan

0

SINGAPURA: Kempen penggodaman disyaki mempunyai kaitan dengan sebuah kerajaan Asia menembusi tujuh sasaran berprofil tinggi di Asia Tenggara dan Eropah termasuk agensi kerajaan serta tentera, menurut firma keselamatan siber Group-IB.
Kumpulan penggodam yang baru dikenal pasti itu, digelar Dark Pink, menggunakan emel memancing data dan perisian hasad berteknologi tinggi untuk menembusi pertahanan cabang tentera di Filipina dan Malaysia, selain organisasi kerajaan di Kemboja, Indonesia, serta Bosnia-Herzegovina, dari September hingga Disember tahun lalu.
Turut disasarkan masing-masing satu organisasi bukan untung, keagamaan, dan agensi pembangunan kerajaan Eropah berpangkalan di Vietnam.

Perkara itu didedahkan Group-IB yang berpangkalan di Singapura dalam laporan diterbitkan hari ini.
Agensi-agensi kerajaan dan ketenteraan di negara itu tidak memberi sebarang komen berhubung perkara itu.
“Aktiviti Dark Pink signifikan kerana jelas mereka berusaha mencuri dokumentasi daripada rangkaian yang dikompromi untuk mendapatkan maklumat sensitif,” kata penganalisis Group-IB, Andrey Polovinkin.
“Mengambil kira modus operandi kumpulan itu, senarai sasarannya yang rata-rata badan kerajaan dan ketenteraan, selain kecanggihan mereka, Dark Pink berkemungkinan besar adalah kempen risikan sebuah negara yang sebelum ini tidak didokumentasikan.

Serangan siber yang berkemungkinan dari rantau Asia Pasifik itu menyasarkan risikan korporat termasuk mencuri dokumen dan merakamkan audio daripada peranti yang disasarkan, kata Group-IB.
Kumpulan itu menghantar sasaran mereka emel mengandungi pautan laman web yang boleh digunakan untuk memuat turun fail yang kemudian mencuri butiran peribadi termasuk kata laluan serta data daripada aplikasi sosial seperti Viber dan Telegram.
Penyelidik DAS-Security dari China pada Jumaat lalu turut menerbitkan laporan di WeChat mengenai penggodam berkenaan yang dinamakan sebagai Saaiwc Group. Ia mendakwa kumpulan berkenaan menyasarkan inisiatif kepimpinan Vietnam dikendalikan jabatan negara AS, tentera Filipina, dan kementerian ekonomi dan kewangan Kemboja, masing-masing pada Mei, Oktober dan November.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM414,916.87
Ethereum (ETH) RM7,892.63
Tether (USDT) RM4.38
BNB (BNB) RM2,657.14
USDC (USDC) RM4.38
XRP (XRP) RM10.02
BUSD (BUSD) RM4.35
Cardano (ADA) RM3.08
Solana (SOL) RM646.16
Dogecoin (DOGE) RM0.78535
Polkadot (DOT) RM18.74
Polygon (MATIC) RM1.05
Lido Staked Ether (STETH) RM7,883.83
Shiba Inu (SHIB) RM0.00006
Dai (DAI) RM4.38
TRON (TRX) RM1.08
Avalanche (AVAX) RM95.74