Pengarah syarikat rugi RM1.25 juta ditipu Love Scam

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Ramli Mohamed Yoosuf, mangsa telah membuat 11 pindahan wang ke dua akaun bank selepas diperdaya sindiket Love Scam.
PETALING JAYA: Seorang pengarah sebuah syarikat kerugian RM1.25 juta selepas menjadi mangsa penipuan sindiket Love Scam.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Ramli Mohamed Yoosuf, mangsa berusia 60 tahun terjerat dengan sindiket itu selepas berkenalan dengan seorang lelaki warga Singapura di Facebook yang dikatakan menetap di United Kingdom.
Katanya, lelaki terbabit memaklumkan mangsa untuk bertemunya dan kononnya akan datang ke Malaysia bagi mendapatkan projek sebuah syarikat minyak dan gas.
“Bagi mendapatkan projek itu, lelaki tersebut meminta pengadu meminjamkan sejumlah besar wang modal dengan jaminan ia akan dipulangkan semula.
“Akibat percaya dengan janji itu, mangsa telah membuat membuat 11 pindahan wang ke dua akaun bank dengan nilai keseluruhan sebanyak RM1,256,000.
“Kes itu kini sedang disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya, menurut Sinar Harian.
Dalam perkembangan sama, Ramli berkata sebanyak 792 kes penipuan Love Scam telah dicatatkan pada 2022 membabitkan nilai kerugian berjumlah RM56,273,793.56.
“Pada tahun lalu, jumlah itu meningkat kepada 935 kes dengan nilai kerugian RM43,920,299.
“Sejumlah 349 kes penipuan love scam telah direkodkan polis dengan nilai kerugian RM12,821,122.53 sejak Januari hingga Jun lalu,” katanya.

Source link

love scammangsasindiketwanita
Comments (0)
Add Comment