Pengarah pendidikan Sarawak diberi kuasa lulus projek selenggara sekolah

0

Pengarah pendidikan Sarawak boleh melulus projek penyelenggaraan sekolah dibiayai kerajaan negeri atau pihak lain. (Gambar fail)
KUCHING: Pengarah pendidikan Sarawak diberi kuasa melulus projek penyelenggaraan sekolah yang dibiayai kerajaan negeri atau pihak lain, selain kerajaan persekutuan.
Kementerian Pendidikan (KPM) dalam kenyataan memaklumkan keputusan itu dicapai menerusi mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Bersama Pembangunan Pendidikan (JTBPP) Sarawak, semalam.
Mesyuarat itu dipengerusikan Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek serta Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak Roland Sagah Wee Inn.
“JTBPP diwujudkan khusus untuk mengatasi isu pendidikan di Sarawak, selaras saranan keputusan Mesyuarat Penyelarasan Perjanjian Malaysia (MA63) Mengenai Isu Pembangunan Pendidikan dan Kesihatan di Sarawak dan Sabah.
“Beberapa agenda penting dibincangkan dalam mesyuarat JTBPP kali pertama ini, termasuk penambahbaikan sumber manusia, operasi pendidikan dan pembangunan infrastruktur di Sarawak,” menurut kenyataan itu.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM415,963.09
Ethereum (ETH) RM7,872.67
Tether (USDT) RM4.38
BNB (BNB) RM2,651.85
USDC (USDC) RM4.38
XRP (XRP) RM10.07
BUSD (BUSD) RM4.34
Cardano (ADA) RM3.08
Solana (SOL) RM647.21
Dogecoin (DOGE) RM0.781436
Polkadot (DOT) RM18.56
Polygon (MATIC) RM1.05
Lido Staked Ether (STETH) RM7,865.36
Shiba Inu (SHIB) RM0.00006
Dai (DAI) RM4.38
TRON (TRX) RM1.09
Avalanche (AVAX) RM95.47