Penerbangan dibatal Malaysia Airlines melonjak tahun lalu

0

Menteri Pengangkutan Loke Siew Fook, berkata Malaysia Airlines menerima 410 aduan pada 2024, berbanding 375 pada 2023.

PETALING JAYA: Kementerian Pengangkutan memaklumkan Malaysia Airlines telah membatalkan 8,319 penerbangan domestik selain menangguhkan 7,330 penerbangan tahun lalu.

Menteri Pengangkutan Loke Siew Fook, berkata bagi 2023 pula, Malaysia Airlines telah membatalkan penerbangan domestik sebanyak 3,612, manakala 7,557 penerbangan ditangguh.

“Bagi syarikat penerbangan AirAsia pula, sebanyak 39,884 penerbangan telah dibatalkan, manakala 20,274 penerbangan telah ditangguhkan pada 2023.

“Jumlah ini telah menurun pada 2024 kepada 30,840 penerbangan yang dibatalkan dan 18,825 penerbangan yang ditangguhkan,” katanya menerusi jawapan bertulis Parlimen.

Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan Shafie Apdal (Warisan-Semporna) yang meminta dinyatakan statistik harga tiket penerbangan, jumlah aduan, kelewatan, dan pembatalan penerbangan melibatkan laluan domestik syarikat penerbangan Malaysia Airlines dan AirAsia, sepanjang dua tahun lalu.

Berkait harga tiket penerbangan, Loke berkata harga purata laluan domestik adalah RM227 pada 2024, dan RM220 pada 2023.

“Bagi penerbangan laluan Asean pula, harga purata tiket penerbangan telah menurun sedikit daripada RM360 pada 2023 kepada RM358 pada 2024 iaitu penurunan sebanyak RM2 atau 0.4%.

“Manakala, bagi laluan antarabangsa lain, harga purata tiket penerbangan telah menurun daripada RM1,402 pada 2023 kepada RM1,273 pada 2024 iaitu penurunan sebanyak RM129 atau 9.2%,” katanya.

Katanya, penurunan harga tambang bagi laluan antarabangsa disebabkan peningkatan kapasiti yang tinggi direkodkan pada 2024, sebanyak 22.3% berbanding 2023.

“Berkenaan statistik aduan, syarikat penerbangan Malaysia Airlines telah menerima 375 aduan pada 2023 dan 410 aduan pada 2024. Manakala, AirAsia pula telah menerima 994 aduan pada 2023 dan 569 aduan pada 2024,” katanya.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM412,431.81
Ethereum (ETH) RM7,959.55
Tether (USDT) RM4.41
BNB (BNB) RM2,700.78
USDC (USDC) RM4.41
XRP (XRP) RM10.01
BUSD (BUSD) RM4.40
Cardano (ADA) RM3.11
Solana (SOL) RM671.79
Dogecoin (DOGE) RM0.806978
Polkadot (DOT) RM18.20
Polygon (MATIC) RM0.984353
Lido Staked Ether (STETH) RM7,945.62
Shiba Inu (SHIB) RM0.00006
Dai (DAI) RM4.41
TRON (TRX) RM1.08
Avalanche (AVAX) RM100.62