Pemuda PKR P Pinang mahu Adun PAS digantung kerana petik sumber tidak sahih

0

Ketua Pemuda PKR Pulau Pinang Fadzli Roslan bidas seorang Adun PAS kerana memetik sumber tidak sahih yang mendakwa Anwar Ibrahim antara pemimpin terkaya di dunia. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Pemuda PKR Pulau Pinang mahu seorang Adun PAS digantung daripada persidangan DUN Pulau Pinang, kerana memetik sumber tidak sahih yang mendakwa Perdana Menteri Anwar Ibrahim antara pemimpin terkaya di dunia.

Ketuanya, Fadzli Roslan, berkata ‘tuduhan liar’ itu memalukan, dan wakil rakyat tidak sepatutnya menyebarkan maklumat palsu.

“Rakyat telah penat dengan budaya politik fitnah yang sengaja diwujudkan untuk menimbulkan kekeliruan dan kebencian,” kata ketuanya, Fadzli Roslan, dalam kenyataan.

Pemuda PKR juga mahu Adun berkenaan, yang tidak dinamakan, memohon maaf secara terbuka kepada Anwar atas dakwaan itu, yang disifatkan sebagai tidak bertanggungjawab.

Katanya, politik seperti ini harus dihentikan serta-merta.

Adun Penaga, Yusni Mat Piah membangkitkan dakwaan itu ketika perbahasan belanjawan negeri hari ini, memetik satu laporan dalam talian yang menyenaraikan beberapa pemimpin termasuk Perdana Menteri Singapura Lawrence Wong dan Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau.

Dakwaan itu mendorong Adun Bukit Tengah Gooi Hsiao Leung mendesak ia ditarik balik, namun Yusni berkata beliau sedia dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM390,597.15
Ethereum (ETH) RM7,184.58
Tether (USDT) RM4.41
BNB (BNB) RM2,669.62
USDC (USDC) RM4.41
XRP (XRP) RM9.26
BUSD (BUSD) RM4.41
Cardano (ADA) RM2.82
Solana (SOL) RM618.77
Dogecoin (DOGE) RM0.724747
Polkadot (DOT) RM16.66
Polygon (MATIC) RM0.961488
Lido Staked Ether (STETH) RM7,180.48
Shiba Inu (SHIB) RM0.000056
Dai (DAI) RM4.41
TRON (TRX) RM1.08
Avalanche (AVAX) RM89.96