Peminat buatkan video istimewa, Neelofa terharu

0

Neelofa dikatakan sudah dirisik oleh pelakon dan pendakwah, PU Riz. (Gambar Instagram)

Kuala Lumpur: “Video ini buatkan saya menangis, masya-Allah,” kata pelakon dan pengacara Neelofa mengenai video istimewa yang dimuat naik di akaun Instagram kelab peminatnya, lofa.page.

Video istimewa berdurasi 4.14 minit itu yang dibuat khas oleh seorang daripada peminat Neelofa menyaksikan serba sedikit perjalanan dan aksi spontan Neelofa dan PU Riz di awal perkenalan mereka sehinggalah hubungan tersebut menjadi rapat tanpa sengaja.

Video itu mengandungi klip dan gambar lama Neelofa bersama PU Riz yang disunting beberapa bulan sebelum pengacara itu berniqab.

Semalam Neelofa dikatakan sudah dirisik oleh pelakon dan pendakwah, PU Riz atau nama sebenarnya Hariz Ismail dalam satu majlis sederhana yang berlangsung di kediaman keluarga selebriti dan ahli perniagaan itu.
Sebelum itu, tular di media sosial apabila ramai warganet membuat perkongsian gambar Neelofa dan PU Riz berpakaian warna sedondon termasuk ucapan tahniah buat pasangan sejoli berkenaan.

Susulan dari itu, akaun rasmi Instagram Neelofa turut dihujani ucapan tahniah oleh ramai selebriti tempatan.

Sementara itu, ibunya Datin Noor Kartini membuat satu perkongsian di Instagramnya dengan berkongsi luahan perasaan indahnya sewaktu dia mengandungkan anak kesayangannya itu.

Perkongsian Noorkartini itu umpama menjelaskan situasi sebenar mengenai ikatan hubungan anaknya itu dan PU Riz.

Walaubagaimanapun, baik Neelofa mahupun PU Riz masing-masing masih belum memberi sebarang kenyataan. Apa-apa pun, kita ucapkan tahniah kepada kedua-duanya dan doakan yang terbaik buat mereka.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM411,531.46
Ethereum (ETH) RM7,870.16
Tether (USDT) RM4.37
BNB (BNB) RM2,630.90
USDC (USDC) RM4.37
XRP (XRP) RM9.75
BUSD (BUSD) RM4.36
Cardano (ADA) RM3.05
Solana (SOL) RM652.26
Dogecoin (DOGE) RM0.7857
Polkadot (DOT) RM17.85
Polygon (MATIC) RM1.04
Lido Staked Ether (STETH) RM7,863.12
Shiba Inu (SHIB) RM0.000059
Dai (DAI) RM4.37
TRON (TRX) RM1.09
Avalanche (AVAX) RM95.31