Pemain Negeri Sembilan FC diragut

Pemain import Negeri Sembilan FC Mika Junco menjadi mangsa ragut di Kuala Lumpur, semalam. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Negeri Sembilan FC (NSFC) mengesahkan pemain import Mika Junco menjadi mangsa ragut di Kuala Lumpur malam semalam.

Dalam kenyataan, NSFC memaklumkan kejadian berlaku ketika pemain itu berseorangan.

“Insiden ini mengakibatkan kerugian harta-benda kepada Mika, namun beliau kini berada dalam keadaan selamat dan laporan polis juga telah dibuat.

“NSFC mengutuk sekeras-kerasnya tindakan jenayah seperti itu dan berharap pihak berkuasa dapat menahan dan membawa pelaku ke muka pengadilan,” menurut kenyataan itu.

NSFC mengucapkan terima kasih kepada peminat dan penyokong yang memberikan sokongan kepada pemain itu dalam keadaan sukar.

Insiden itu dikongsi pemain kelahiran Sepanyol berkenaan menerusi ‘Instagram Story’ yang memaparkan kecederaan dialami di leher selain turut menyebabkannya kehilangan rantai emas.

Bulan lalu, pemain Terengganu FC Akhyar Rashid diserang dua penyamun selepas pulang daripada latihan manakala bintang Selangor FC Faisal Halim kritikal selepas disimbah asid di sebuah pusat beli-belah.

Manakala kereta pemain tengah Johor Darul Ta’zim (JDT) Safiq Rahim dipecah individu tidak dikenali.

Source link

Kuala LumpurMika JuncoNSFCragutSepanyol
Comments (0)
Add Comment