Pemain julang Piala FA 95 Sabah, Matusin Bowie calon PBRS

0

Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) mempertaruhkan bekas pemain bola sepak negeri, Matusin Bowie sebagai calon pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 26 September ini.

KOTA KINABALU: Bekas pemain bola sepak Sabah, Matusin Bowie antara 5 calon akan dipertaruhkan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 26 September ini.

Presidennya Joseph Kurup berkata, 5 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) itu ialah Matunggong, Tandek, Kadamaian, Sook dan 1 DUN baharu iaitu Tulid.

Matusin salah seorang pemain yang mencipta sejarah buat pasukan Sabah apabila menjulang Piala FA pada 1995.

Beliau seangkatan dengan nama besar yang bermain untuk skuad negeri ketika itu termasuk Matlan Marjan, Khairul Azman Mohammad, Ong Kim Swee, dan Yap Wai Loon.

Bagaimanapun, Matusin antara yang digantung seumur hidup oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) kerana terlibat skandal mengatur perlawanan.

Selain Matusin, pemain yang turut menerima nasib sama Matlan, Junaidy Tuah, Gerard Mojiliu, G Raveychandran dan Charles Tindi.

Joseph berkata, ini adalah peluang kepada PBRS untuk membuktikan parti itu adalah sebuah parti tempatan yang diterima setiap lapisan masyarakat.

“Semua anggota parti dinasihatkan terus bekerja keras bagi memastikan kemenangan calon kita kali ini. Kita perlu akur kepada keputusan pucuk pimpinan parti yang membuat pemilihan serta penilaian terbaik dari segenap aspek.

“PBRS juga yakin barisan calon yang dipilih akan menyokong perjuangan dalam memastikan hak dan kepentingan Sabah sentiasa dibela untuk kesinambungan pembangunan yang patut dinikmati rakyat Sabah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM411,799.84
Ethereum (ETH) RM7,888.67
Tether (USDT) RM4.39
BNB (BNB) RM2,654.09
USDC (USDC) RM4.39
XRP (XRP) RM9.79
BUSD (BUSD) RM4.39
Cardano (ADA) RM3.08
Solana (SOL) RM663.30
Dogecoin (DOGE) RM0.788498
Polkadot (DOT) RM17.96
Polygon (MATIC) RM0.978224
Lido Staked Ether (STETH) RM7,880.68
Shiba Inu (SHIB) RM0.000059
Dai (DAI) RM4.39
TRON (TRX) RM1.08
Avalanche (AVAX) RM98.45