Pelan tindakan lestari Perodua | Harian Metro

0

PERODUA melancarkan pelan tindakan lestari pertama, Perodua Smart Build, merangkumi hampir seluruh ekosistem pembekal dan pengedar automotif di Malaysia untuk mendorong syarikat itu dan industri ke arah globalisasi yang tinggi pada masa akan datang.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Zainal Abidin Ahmad berkata, Perodua Smart Build juga adalah Transformasi 3.0 pengeluar kenderaan itu yang dibina berdasarkan kejayaan sebelumnya untuk mewujudkan ekosistem automotif yang mampan dan kukuh.

“Di bawah Transformasi 3.0, Perodua akan bekerjasama dengan rakan niaga untuk mengurangkan jurang kualiti, kos dan penghantaran dalam ekosistem automotif dan memastikan industri berada pada ‘saiz yang betul.’

Perodua Smart Build adalah evolusi daripada objektif asal penubuhan Perodua dan industri automotif Malaysia iaitu mewujudkan ekosistem automotif yang mampan dan kukuh,” katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, Perodua Smart Build direka untuk membantu Perodua dan ekosistem automotif negara mengambil manfaat daripada Dasar Automotif Nasional dengan menjadikan industri itu untuk lebih berdaya saing dan maju.

Perodua juga bekerjasama dengan rakan niaganya untuk mengenal pasti kepakaran sedia ada yang boleh dimanfaatkan di luar Malaysia.

Sebagai contoh, Zainal Abidin berkata, kakitangan Perodua akan terus memanfaatkan hubungan rapat dengan Daihatsu Jepun untuk merealisasikan objektif Perodua Smart Build dan kerajaan Malaysia yang mewujudkan ekosistem ini untuk memberi faedah kepada negara.

“Antara komponen utama Perodua Smart Build adalah pembangunan produk sepenuhnya oleh Perodua dan pembekalnya, pembentukan budaya kerja kelas pertama dan pemikiran kelas pertama yang akan menyumbang kepada negara.

“Pelancaran ini tidak bermaksud kami mencapai potensi sepenuhnya komponen-komponen ini, sebaliknya, ia menandakan permulaan perjalanan Perodua dan rakan niaganya menuju tahap daya saing yang lebih tinggi,” katanya.

Transformasi pertama Perodua ialah pada 2011 yang memfokus kepada ekosistem Kenderaan Cekap Tenaga (EEV), penghentian kerosakan pada pengeluaran, penubuhan Perodua Global Manufacturing Sdn Bhd dan meningkatkan kesedaran kualiti syarikat.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM406,979.74
Ethereum (ETH) RM7,633.10
Tether (USDT) RM4.33
BNB (BNB) RM2,577.81
USDC (USDC) RM4.33
XRP (XRP) RM9.39
BUSD (BUSD) RM4.31
Cardano (ADA) RM2.94
Solana (SOL) RM615.98
Dogecoin (DOGE) RM0.737592
Polkadot (DOT) RM17.66
Polygon (MATIC) RM1.01
Lido Staked Ether (STETH) RM7,632.97
Shiba Inu (SHIB) RM0.000057
Dai (DAI) RM4.33
TRON (TRX) RM1.06
Avalanche (AVAX) RM90.01