Pelajar di kampus zon tengah mula balik kampung malam esok

0

Menteri Kanan Ismail Sabri Yaakob berkata, pelajar universiti yang kini terperangkap di kampus akan hanya dibenarkan pulang ke kampung mereka yang berada zon hijau sahaja.

PUTRAJAYA: Menteri Kanan (Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob berkata, pelajar institut pengajian tinggi (IPT) yang terkandas di asrama kerana pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) boleh pulang ke rumah masing-masing bermula malam esok membabitkan universiti di zon tengah..

Beliau berkata, penuntut universiti di zon tengah adalah seperti di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di Bangi dan beberapa universiti lain.

“Mereka akan mula pulang malam esok iaitu bermula dengan zon tengah seperti dari UKM dan beberapa universiti lain,” katanya pada sidang media hariannya di sini, hari ini.

Pada 24 April lalu, Ismail berkata pelajar yang terperangkap di kampus pusat pengajian sejak PKP berkuatkuasa 18 Mac lepas akan dibenarkan pulang ke rumah masing-masing bermula 27 Apr ini, bagaimanapun ia hanya perjalanan ke zon hijau sahaja.

Mereka akan pulang menaiki bas, dengan kapasiti penumpang dihadkan separuh bagi memastikan penjarakan sosial.

Dalam pada itu Ismail berkata, pelajar hanya dibenarkan pulang ke kampung di dalam zon hijau.

Ismail Sabri Yaakob

Katanya, jika ada pelajar yang ingin pulang, tetapi kampung mereka zon merah, mereka akan diberikan pilihan untuk tinggal dengan ahli keluarga atau saudara yang berada di zon hijau.

“Contohnya, pelajar dari zon hijau hendak pulang ke Simpang Renggam, sudah tentu mereka tidak dibenarkan kerana (Simpang Renggam) masih dalam zon merah, tetapi pelajar boleh pulang ke rumah kakak atau abang atau ahli keluarga lain di zon hijau.

“Selepas kampung mereka diisytiharkan zon hijau baru dibenarkan balik,” katanya.

Ismail berkata, bagi zon yang diisytiharkan berada di bawah perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD), sudah tentu tidak benarkan pulang.

“Misalnya kawasan Kampung Baru zon merah. Jadi perkara ini sedang diperhalusi, sama ada mereka perlu jalani ujian Covid-19 sebelum dibenar pulang.

“Banyak pilihan perlu difikirkan bagi memastikan semua dibenarkan pulang mengikut SOP zon hijau ke zon hijau,” katanya.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM412,904.74
Ethereum (ETH) RM7,844.79
Tether (USDT) RM4.36
BNB (BNB) RM2,626.65
USDC (USDC) RM4.36
XRP (XRP) RM9.73
BUSD (BUSD) RM4.33
Cardano (ADA) RM3.03
Solana (SOL) RM640.14
Dogecoin (DOGE) RM0.759413
Polkadot (DOT) RM17.89
Polygon (MATIC) RM1.03
Lido Staked Ether (STETH) RM7,834.75
Shiba Inu (SHIB) RM0.000058
Dai (DAI) RM4.36
TRON (TRX) RM1.07
Avalanche (AVAX) RM94.02