Paras air hampir kritikal, 3 empangan Johor hanya mampu bertahan 55 hari

0

Sekiranya tiada hujan hingga hujung bulan ini, takungan air di Empangan Bekok, Machap dan Sembrong di Johor dijangka hanya bertahan selama 55 hari. (Gambar Bernama)

KOTA TINGGI: Paras air di Empangan Bekok, Machap dan Sembrong hanya mampu bertahan selama 55 hari sekiranya tiada hujan hingga 30 April ini, menurut Exco Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur dan Komunikasi Johor Mohamad Fazli Salleh.

Beliau berkata, kesemua empangan terbabit mengalami penurunan paras air yang signifikan, namun masih belum berada bawah paras kritikal.

“Buat masa ini kita sedang memantau keadaan semasa di empangan terlibat dan menunggu hingga akhir bulan untuk lihat purata hujan.

“Setakat ini, keadaan masih terkawal dan tiada perancangan untuk membuat catuan air di kawasan terlibat,” katanya pada sidang media selepas melawat projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Johor.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tentang status paras empangan di Johor susulan cuaca panas pada masa ini.

Mohamad Fazli berkata, antara langkah pencegahan termasuk melakukan pembenihan awan di kawasan terlibat atau pengolahan semula bekalan air.

Beliau berharap orang ramai menggunakan air secara berhemah dan tidak membazir terutamanya ketika Aidilfitri.

Menurut Mohamad Fazli, pihaknya juga telah mengenal pasti hingga 150 lokasi yang melibatkan 70 “District Metered Area” (DMA) untuk dipantau bagi mengelak berlaku gangguan bekalan air semasa musim perayaan.

Antara langkah pencegahan yang akan diambil termasuk melakukan pengolahan semula bekalan air dan meletakkan tangki-tangki air di kawasan terlibat.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM411,540.21
Ethereum (ETH) RM7,875.33
Tether (USDT) RM4.37
BNB (BNB) RM2,631.25
USDC (USDC) RM4.37
XRP (XRP) RM9.71
BUSD (BUSD) RM4.35
Cardano (ADA) RM3.06
Solana (SOL) RM653.88
Dogecoin (DOGE) RM0.797763
Polkadot (DOT) RM18.02
Polygon (MATIC) RM1.05
Lido Staked Ether (STETH) RM7,858.84
Shiba Inu (SHIB) RM0.00006
Dai (DAI) RM4.37
TRON (TRX) RM1.09
Avalanche (AVAX) RM96.58