Pakar: Rutin harian kerap berubah ganggu emosi kanak-kanak

0

Pakar berkata, rutin yang kerap berubah dan tidak tetap akan menjejaskan perkembangan emosi dan kesihatan mental kanak-kanak.

PETALING JAYA: Pandemik Covid-19 dan perintah kawalan pergerakan (PKP) berfasa menyebabkan sebahagian kehidupan rakyat Malaysia terjejas, begitu juga kanak-kanak.

Selepas melalui PKP hampir 4 bulan sejak 18 Mac lalu, kini pelajar sekali lagi melalui fasa penutupan sekolah akibat pelaksanaan perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) di Sabah, Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya bermula 14 Okt lalu.

Cabaran utama sudah tentu mengadaptasi pembelajaran dalam talian ketika situasi capaian internet yang kurang memuaskan, terutama di kawasan luar bandar, selain memberi pemahaman kepada anak-anak mengenai perubahan rutin harian.

Pakar psikiatri kanak-kanak, Dr Norharlina Bahar berkata, rutin yang kerap berubah dan tidak tetap akan menjejaskan perkembangan emosi dan kesihatan mental kanak-kanak.

Dr Norharlina Bahar.

“Kanak-kanak berasa tak selamat bila tidak ada rutin yang tetap. Kejap kelas fizikal, kejap dalam talian.

“Bila wujudnya keadaan tidak selamat, otak akan menghasilkan respons yang menyebabkan kanak-kanak itu susah untuk belajar dan menerima pelajaran, justeru menjadikan mereka tidak produktif,” katanya menerusi perkongsian di laman web doktorbudak.com.

Dalam pada itu, Harlina berkata, tempoh PKPB juga menidakkan fitrah kanak-kanak untuk bermain dan berkawan.

“PKPB menyebabkan mereka melalui fasa menyendiri dan tidak ada hubungan dengan kawan-kawan dan ini menyumbang kepada rasa tidak selamat dan depressi.

“Jika perkembangan emosi kanak-kanak ini terganggu sudah tentu ia akan beri masalah pada kemudian hari,” katanya.

pakar kanak-kanak Dr Pravin Vasanthan.

Sementara itu, pakar kanak-kanak Dr Pravin Vasanthan berkata, ketika berjalannya fasa PKPB, ibu bapa perlu membenarkan penggunaan media sosial pada tempoh lebih lama berbanding sebelum ini, terutama membenarkan panggilan video di Whatsapp atau Zoom dan sebagainya.

“Ini dilihat dapat membantu mengurangkan tekanan mereka kerana perlu duduk berasingan daripada kawan-kawan atau saudara-mara. Melalui panggilan video, sekurang-kurangnya mereka mempunyai kitaran sokongan yang sihat,” katanya yang juga panel di laman doktorbudak.com

Mengulas mengenai cabaran ibu bapa yang perlu bekerja di rumah dan pada masa sama perlu memantau anak-anak, Setiausaha Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan, Nor Azita Buyong berkata, fasa bekerja dari rumah adalah sangat mencabar bagi ibu bapa kerana perlu berdepan tekanan dengan pihak majikan dan pada masa sama mengurus rutin anak-anak.

“Namun, struktur jadual yang teratur sangat membantu semua pihak semasa berdepan tekanan. Ketika di rumah, tetapkan jadual aktivit belajar, makan, tidur dan bermain supaya rutin harian mereka tidak banyak berubah.

“Paling utama, ibu bapa juga tidak harus panik dan cepat melenting. Mereka perlu fahamkan ahli keluarga bahawa ini adalah perkara baru, cara kehidupan baru dan semua orang harus belajar bagaimana untuk mengatasinya,” katanya.

Source link

Leave A Reply
Bitcoin (BTC) RM416,294.58
Ethereum (ETH) RM7,843.86
Tether (USDT) RM4.38
BNB (BNB) RM2,651.91
USDC (USDC) RM4.37
XRP (XRP) RM9.66
BUSD (BUSD) RM4.36
Cardano (ADA) RM3.15
Solana (SOL) RM677.90
Dogecoin (DOGE) RM0.806321
Polkadot (DOT) RM18.80
Polygon (MATIC) RM1.07
Lido Staked Ether (STETH) RM7,857.81
Shiba Inu (SHIB) RM0.000062
Dai (DAI) RM4.37
TRON (TRX) RM1.07
Avalanche (AVAX) RM99.22