Norza sah pertahan jawatan presiden MOM

Norza Zakaria mengesahkan beliau akan mempertahankan jawatan presiden Majlis Olimpik Malaysia. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR: Norza Zakaria mengesahkan akan mempertahankan jawatan presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) bagi penggal 2025-2029 pada Mesyuarat Agung Tahunan MOM ke-44 pada 19 April ini.
“Ya, saya akan mempertahankan kerusi presiden,” katanya pada sidang media selepas Majlis Menandatangai Perjanjian antara MOM dan Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) di Shang-Ri La di sini hari ini.
Sementara itu, Hamidin Mohd Amin pula enggan memberikan sebarang komen sama ada untuk mempertahankan jawatan timbalan presiden MOM atau tidak, pada pemilihan kali ini.
Selain dua jawatan tertinggi itu, pemilihan turut terbuka bagi jawatan lima naib presiden, seorang setiausaha agung dan dua penolongnya, selain beberapa lagi kekosongan jawatan.
Dalam perkembangan lain, Norza turut mengumumkan badang negara Mohamad Aniq Kasdan dan perenang negara Khiew Hoe yean sebagai dua penerima pertama Dana Pendidikan atlet MOM masing-masing berjumlah RM10,000 setahun, sehingga tamat pengajian.

Source link

momnorza-zakariapemilihanpresiden
Comments (0)
Add Comment